SUIT | Suit ialah sejenis gubahan muzik. Kebanyakan suit terdiri daripada sebilangan gubahan pendek, biasanya dalam nada yang sama. Suit tersebut umumnya terdiri daripada lagu-lagu dansa yang mempunyai rentak dan suasana yang berbeza. Suit berkembang pada tahun 1500-an dan popularitinya merosot selepas tahun 1750. Johann Sebastian Bach menggubah beberapa suit penting untuk hapsikod dan orkestra pada awal tahun 1700-an. | UMUM | |
ANTILL, JOHN | Antill, John (1904–1986), penggubah Australia yang terkenal kerana suit baletnya Corroboree , yang dipersembahkan buat pertama kalinya pada tahun 1946. Dia mendasarkan gubahan pada nada yang didengarnya semasa Orang Asli Australia bernyanyi di kawasan petempatan La Perouse, di Sydney. Dia belajar menggubah lagu, di New South Wales State Conservatorium of Music dan menyertai kakitangan muzik Australia Broadcasting Commission pada tahun 1934. Antill turut menggubah beberapa lagu balet yang lain dan kerja-kerja orkestra, teater dan muzik filem. Dia lahir di Sydney. | UMUM | |
SOUSA, JOHN PHILIP | Sousa, John Philip (1854–1932) ialah penggubah muzik dan pemimpin pancaragam Amerika. Sousa menghasilkan banyak jenis muzik, termasuk opereta, suit orkestra, lagu, lagu berentak waltz, dan puisi simfoni. Walau bagaimanapun, dia masyhur kerana lagu berentak mac dan terkenal di seluruh dunia sebagai, “Raja Mac”. | UMUM | |