Arthur, Sir George (1784–1854) ialah leftenan gabenor Van Diemen’s Land (kini Tasmania) dari tahun 1824 hingga tahun 1836. Dia menyokong pengangkutan dan mencuba mentadbirkan tanah jajahannya sebagai petempatan penjenayah. Dia tidak mempedulikan hak politik peneroka bebas dan sering kali menyebabkan mereka memusuhinya. Dia tidak suka akan kritikan dan mencuba menapis akhbar apabila dasar-dasar dan pentadbirannya diserang melalui akhbar. Pada tahun 1825, Van Diemen’s Land menjadi koloni yang terpisah daripada New South Wales dan mempunyai Majlis Perundangannya sendiri. Arthur mendirikan sebuah perkhidmatan awam yang cekap dan banyak berusaha menumpaskan perompakan di tanah jajahan tersebut. |