| PERTUBUHAN SUKARELA | PERTUBUHAN SUKARELA, badan yang keahliannya secara sukarela. Kebebasan berpersatuan dan kewujudan pertubuhan sukarela adalah satu ciri penting dalam sistem demokrasi. Sungguhpun kebebasan itu perlu disesuaikan dengan keperluan dan kepentingan setempat namun, pertubuhan jenis ini menjadi saluran terpenting bagi manusia memenuhi hasrat dan naluri semula jadi untuk hidup berkelompok atau berkumpulan. Sistem demokrasi menggalakkan kewujudan berbagai-bagai bentuk dan jenis persatuan atau pertubuhan sukarela kerana dengan demikian sahajalah tercapainya suatu bentuk keseimbangan dalam masyarakat yang boleh mengurangkan pula kemungkinan tercetusnya ketegangan yang boleh menggugatkan sistem itu sendiri.  | BUDAYA | Persatuan | 
			
				| MINUTEMAN | Minuteman adalah pasukan sukarela yang bertukar menjadi pasukan tentera dan dilatih menggunakan senjata pada tahun-tahun sebelum berlaku Revolusi Amerika. Pasukan sukarela ini dikenali sebagai minuteman kerana mereka bersedia bertindak pada bila-bila masa.  | UMUM |   | 
			
				| REKREASI | Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan secara sukarela untuk keseronokan peribadi, bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan daripada rutin bekerja atau kerja sekolah.  | UMUM |   | 
			
				| ANZAC | Anzac, Kor Tentera Australia dan New Zealand, adalah angkatan tentera sukarela Australia dan New Zealand yang bergabung. Kor ini ditubuhkan di Mesir semasa Perang Dunia I (1914–1918). Angkatan ini yang terdiri daripada 30 000 orang tentera berserta dengan tentera Berikat terlibat dalam pendaratan di Semenanjung Gallipoli pada 25 April 1915. Semasa lapan bulan yang berikutnya, tentera Australia dan New Zealand memperoleh reputasi kerana keberanian dan kemahiran berjuang menentang tentera Turki di semenanjung itu.  | UMUM |   | 
			
				| ACADEMY OF MOTION PICTURE ARTS AND SCIENCES, | Academy of Motion Picture Arts and Sciences,  pertubuhan sukarela. Akademi ini  ditubuhkan pada tahun 1927 di Hollywood, Amerika  Syarikat. Keahliannya berjumlah 4700 mewakili yang  terkemuka dalam setiap peringkat kegiatan  pembikinan filem. Tujuan akademi ini adalah  membangunkan seni dan sains wayang gambar,  mewujudkan kerjasama dalam industri demi  kemajuan dalam bidang kebudayaan, pendidikan  dan teknologi, dan mengiktiraf pencapaian  cemerlang dalam industri ini dengan anugerah  tahunan.  | UMUM |   | 
			
				| PERSATUAN PERUBATAN BRITISH | Persatuan Perubatan British (British Medical Association [BMA]) ialah persatuan profesional sukarela bagi doktor. Ia ditubuhkan pada tahun 1932 untuk meningkatkan taraf sains perubatan dan sains yang berkaitan dan untuk mengekalkan kehormatan dan minat terhadap profesion perubatan.  | UMUM |   | 
			
				| KATALEPSI | Katalepsi ialah suatu keadaan sementara apabila  seseorang itu hilang keupayaan untuk bergerak  secara sukarela. Orang yang menghidap katalepsi  bukan lumpuh, tetapi hanya hilang kemahuan  untuk bergerak.   | UMUM |   | 
			
				| YOUNG MEN’S CHRISTIAN ASSOCIATION (YMCA) | Young Men’s Christian Association  (YMCA) (Pertubuhan Pemuda Kristian) ialah  pertubuhan sukarela tanpa keuntungan yang  terbesar di dunia. Pertubuhan ini dianggotai oleh  25 juta ahli dari lebih 90 buah negara.   | UMUM |   | 
			
				| REICHSWEHR | Reichswehr ialah istilah Jerman untuk  tentera   negara  . Pada tahun 1919, Republik Jerman menubuhkan Reichswehr, daripada unit sukarela yang dikenali sebagai  Free Corps  .  | UMUM |   | 
			
				| TAULIAH TENTERA | Tauliah tentera ialah perintah bertulis yang memberikan pangkat kepada seseorang pegawai dalam perkhidmatan tentera. Seseorang pegawai menerima tauliah secara sukarela, dan ia tidak perlu diperbaharui. Istilah  in commission apabila digunakan pula merujuk kepada kapal atau kapal terbang membawa maksud kapal atau kapal terbang telah bersedia untuk bertempur.  | UMUM |   |