KAKI PAUN | Kaki paun ialah unit sukatan kerja dan tenaga dalam sistem sukatan lazim atau sistem sukatan Inggeris. | UMUM | |
MINIM | Minim ialah unit sukatan cecair paling kecil dalam sistem sukatan apotekari. Ahli farmasi pernah menggunakan sistem ini, tetapi kini mereka menyukat banyak preskripsi dalam unit metrik. Satu minim bersamaan 0.0616 mililiter, atau sentimeter padu. Dalam sistem apotekari, satu minim bersamaan satu titik, dan 60 titik bersamaan satu dram cecair. Perkataan minim berasal daripada perkataan Latin minimus, yang bermakna paling kecil. | UMUM | |
KARAT | Karat ialah sukatan yang digunakan oleh tukang emas untuk menimbang batu permata. Istilah ini berasal dari perkataan Arab, carat, yang bermakna kacang atau biji. | UMUM | |
AUNS | Auns ialah unit untuk menyukat berat dan jumlah. Dalam sukatan berat avoirdupois , auns adalah bersamaan dengan satu per enam belas paun, atau 437 grain (28.3495 gram). | UMUM | |
KILOGRAM | Kilogram ialah unit jisim (kuantiti jirim) dalam sistem metrik. Ia ialah salah satu unit asas dalam sistem sukatan ini, dan simbolnya ialah kg. Satu kilogram mempunyai jumlah jisim yang hampir sama dengan 1000 sentimeter padu air pada suhu 4°C. Kilogram juga digunakan untuk menyukat berat. | UMUM | |
SURAH AL-MUTAFFIFIN | Surah al-Mutaffifin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-83 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 36 ayat. Ia dinamakan al-Mutaffifin (orang-orang yang tidak berlaku adil dalam timbangan dan sukatan) kerana pokok perbincangan surah ini ialah tentang manusia yang tidak berlaku adil dalam perniagaan iaitu daripada segi timbangan dan sukatan. | UMUM | |
MICHELSON, ALBERT ABRAHAM | Michelson, Albert Abraham (1852–1931) ialah warga Amerika yang pertama menerima Hadiah Nobel bagi bidang sains. Dia menerima Hadiah Nobel 1907 bagi bidang fizik untuk reka bentuk peralatan optik jitu ciptaannya dan juga sukatan tepat yang didapati daripada peralatan tersebut. | UMUM | |
KURIKULUM SEKOLAH MALAYSIA | KURIKULUM SEKOLAH MALAYSIA, skop dan isi kandungan mata pelajaran sekolah. Kurikulum sekolah di Malaysia merangkumi perkara seperti sukatan pelajaran, perancangan dan pelaksanaan pendidikan, penilaian dan matlamat pendidikan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |