SUKMA | Sukan Malaysia | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
RAYUAN SUKMA | RAYUAN SUKMA (1932- ), penulis. Dia lahir pada 31 Mac 1932 di Johor Bahru, Johor. Nama sebenarnya ialah Kalsom Saadon. Rayuan Sukma ialah adik Kamariah Saadon, penulis Johor pada tahun 1940-an. Selepas menamatkan pendidikan rendah di Johor Bahru, Rayuan Sukma mengikuti kursus pendidikan Latihan Guru Normal untuk menjadi guru. | SASTERA | Tokoh |
YUDA, | YUDA, kumpulan cerpen karya Zaen Kasturi. Kumpulan cerpen ini diterbitkan pada tahun 1992 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Yuda mengandungi 17 buah cerpen iaitu “Warna Katarsis”, “Taman Uzlah”, “Bukan Agitasi Bandel”, “Pertemuan Sukma”, “Nurzina”, “Detak Arloji”, “Sat Malangkaii”, “Matatih Nur”, “Kinanti”, “Warawiri”, “Kata”, “Menyeadap Madu Bunga Bunga Tongkeng”, “Musim Yuda” dan “777”. | SASTERA | Penerbitan |
K. BALI | K. BALI (1933 - ), penulis. Dia lahir pada 15 Jun 1933 di Kampung Tendung, Pasir Mas, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahim Abdullah. Selain K. Bali, dia juga menggunakan nama pena Gelora Jiwa, Arjuna, Setia, Gema Sukma, Liba K, Pahlawan Pusaka, Bibaliwati, Kawat dan Kawat Berduri. | SASTERA | Tokoh |