SUKU | Suku ialah satu kumpulan manusia yang bersaudara melalui nenek moyang yang sama. Sesetengah suku merupakan matrilineal (pertalian persaudaraan melalui nasab ibu). Suku yang lain ialah patrilineal (pertalian persaudaraan melalui nasab bapa). Ahli sesuatu suku dapat merasakan hubungan yang rapat antara satu sama lain, dan biasanya mempunyai semangat perpaduan yang utuh walaupun mereka mungkin tinggal berjauhan. Mereka sering berkongsi harta benda atau hak-hak istimewa. Kebanyakan suku dikatakan eksogami, iaitu ahli suku mesti berkahwin di luar suku. Suku sering dinamai mengikut totem (haiwan atau tumbuhan simbolik). Orang Asli Amerika mempunyai suku dikenali sebagai suku Bear atau suku Tobacco. | UMUM | |
TARTAR | Suku bangsa | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
LAPP | Suku kaum | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
IRRANUN | Suku bangsa | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
ORANG HELVETIA | Orang Helvetia ialah ahli suku kaum yang pernah tinggal di satu tempat yang terletak di barat daya Switzerland kini. Suku kaum Jermanik mengancam orang Helvetia, dan sejumlah 263 000 orang Helvetia cuba berpindah ke wilayah Rom di Gaul pada tahun 58 S.M. Tentera Julius Caesar membunuh ramai orang Helvetia, dan mereka yang terselamat dipaksa pulang. Semasa di bawah pemerintahan Maharaja Augustus antara tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M., kerajaan Rom menawan seluruh Switzerland. Orang Helvetia pula mula menerima pakai adat Rom dan bahasa Latin. Kadang-kadang penduduk di barat Switzerland yang berbahasa Perancis merujuk kawasan mereka sebagai Helvetia. | UMUM | |
TECUMSEH | Tecumseh (1768?–1813) ialah pemimpin suku Orang Asli Amerika bahagian timur, yang terkemuka pada akhir tahun 1700-an dan awal tahun 1800-an. Dia berusaha menyatukan semua suku Orang Asli Amerika menjadi satu gabungan yang akan mempertahankan tanah Orang Asli Amerika daripada pencerobohan orang kulit putih. Tecumseh bermakna tembakan bintang atau meteor. | UMUM | |
A'SYA, AL- | A‘sya, al- ( ?–7 H./ ?–629 M.), salah seorang penyair al-Mu‘allaqat . Nama penuhnya ialah Maymun ibn Qays ibn Jundul ibn Syarahil. Dia berasal daripada keturunan Dubay‘ah ibn Qays ibn Tha‘labah, yang mempunyai salasilah keturunan suku Bakar. Suku Bakar menetap di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab di sepanjang lembah Sungai Furat hingga al-Yamamah di tenggara Najd. Sementara suku Qays pula menetap di kawasan al-Yamamah. | UMUM | |
BODI CANIAGO | BODI CANIAGO, nama suku matrilineal dan salah satu daripada dua laras atau tradisi politik Minangkabau. Organisasi sosial tradisional Minangkabau yang terpenting ialah suku, yang bersifat geneaologis. Setiap negeri iaitu perkampungan yang merupakan sebuah kesatuan komuniti adat terdiri daripada beberapa suku. Menurut tradisi Minangkabau, ada empat suku yang asli, iaitu Bodi, Caniago, Koto dan Piliang. Sebuah suku diketuai oleh seorang atau lebih penghulu adat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangsa/Suku/Kaum |
BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG | BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG, bahasa yang dituturkan oleh Orang Asli di Semenanjung. Bahasa ini terbahagi kepada dua kelompok besar. Dalam kelompok pertama digolongkan bahasa-bahasa Orang Temuan, Orang Hulu (Jakun, Orang Kanak dan Orang Seletar, yang semuanya berbahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa ibunda mereka. Oleh itu, bahasa suku-suku itu tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia, seperti semua dialek Melayu. Tetapi selain Orang Asli yang diklasifikasikan dalam Rumpun Austronesia tersebut, terdapat puluhan ribu Orang Asli yang hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. | BAHASA | Bahasa |
ALITERASI | Aliterasi berlaku apabila bunyi yang sama mula menggantikan suku kata yang diaksenkan. Contohnya, dalam “Peter Piper picked a peck of pickled peppers,” aliterasi ini dicipta dengan pengulangan bunyi p pada permulaan setiap suku kata yang diaksenkan. Puisi Inggeris lama tidak mempunyai rima, tetapi mempunyai pola aliterasi. Aliterasi, seperti juga rima, asonansi, dan konsonani, ialah cara pengulangan yang membantu menyatakan perasaan dan idea sesuatu puisi. Lihat juga Puisi (Bunyi). | UMUM | |