TARTAR | Suku bangsa | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
IRRANUN | Suku bangsa | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
MELAYU | MELAYU, nama khas bagi satu kelompok suku bangsa di sekitar Kepulauan Melayu ataupun nama am bagi pelbagai kelompok serumpun bahasa di kalangan kelompok Bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia). Sebagai nama khas, kelompok suku bangsa ini mendiami wilayah-wilayah Semenanjung Tahan Melayu, Singapura, selatan Thailand, pesisir timur Pulau Sumatera, pesisir Pulau Borneo dan wilayah-wilayah lain di Kepulauan Melayu (Nusantara) serta kawasan penghijrahan mereka di seluruh dunia. Mereka adalah penutur teras bahasa Melayu. Sebagai kelompok am, bangsa Melayu terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang juga menjadi penutur bahasa Melayu dan penutur bahasa-bahasa rumpun Melayu. Mereka terdiri daripada semua suku bangsa di seluruh Alam Melayu-dari Filipina hingga ke Irian, Sumatera dan Kemboja. Dalam pengertian yang lebih luas, Melayu merangkumi semua penutur bahasa Melayu dalam kelompok Bahasa Melayu-Polinesia | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
MARGA | MARGA, suatu organisasi sosial yang asas bagi masyarakat Batak. Konsep marga diamalkan oleh masyarakat Batak di Sumatera Utara, Indonesia. Setiap marga mempunyai nama pengasasnya (nama keluarga). Sumatera Utara mempunyai beberapa suku bangsa Batak yang mendiami kawasan tertentu. Misalnya, suku bangsa Karo mendiami bahagian utara Tapanuli dan suku bangsa Simalungun mendiami bahagian timur-laut Tapanuli. Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa tiada suku bangsa lain di kawasan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
BANJAR | BANJAR, suku bangsa campuran pelbagai kaum yang berasal dari luar, yang saling berbeza dalam bahasa dan kebudayaan. | BUDAYA | Konsep |
BATEK | BATEK, satu kelompok suku bangsa Negrito yang terdapat di sekitar bahagian hulu Sungai Tembeling dan Sungai Kechau di Pahang; dan di Sungai Galas, Sungai Chiku, Sungai Taku, Sungai Lah, dan Sungai Lebir di Kelantan serta Sungai Besut di Terengganu. | BUDAYA | Konsep |
PULAU BURU | PULAU BURU, pulau yang terletak di sebelah barat Pulau Seram di kabupaten Maluku, Propinsi Maluku, Indonesia. Pulau ini mempunyai keluasan lebih daripada 9000 km dan merupakan pulau ketiga terbesar selepas Pulau Halmahera dan Pulau Seram. Pulau ini mempunyai tiga kecamatan, iaitu Buru Selatan, Buru Utara Barat dan Buru Utara Timur. Penduduk pulau ini adalah suku bangsa Buru yang merupakan kelompok etnik. Selain orang Buru, di pulau ini terdapat suku bangsa Galela dan Sulu yang kebanyakannya tinggal di kawasan pantai. Seperti penduduk Kepulauan Maluku lainnya, suku bangsa ini biasa disebut Orang Alfuru. Penduduk Pulau Buru, terutama yang tinggal di sekitar pantai, umumnya memeluk agama Islam. Hal ini berkaitan dengan pengaruh Kesultanan Ternate yang pernah menjadi pusat penyebaran agama Islam di Maluku. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
IBAN | IBAN, suku bangsa di Sarawak. Orang Iban dikenal juga sebagai Dayak Laut. Suku bangsa ini dipercayai berasal dari Sumatera berhijrah ke Kalimantan, Indonesia dan kini bertumpu di Bahagian Simanggang dan Bahagian Kapit, Sarawak. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
MONGOL | Mongol, ahli kelompok Asiatik yang mempunyai hubungan rapat dengan suku bangsa kawasan Dataran Tinggi Mongolia. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
BUGIS | BUGIS, salah satu suku bangsa yang menduduki Propinsi Daerah Tingkat I Sulawesi Selatan, Indonesia. Propinsi tersebut mempunyai lebih kurang tujuh juta orang penduduk yang juga terdiri daripada Makassar, Mandar dan Toraja. Masyarakat Bugis merupakan penduduk terbesar, iaitu lebih kurang empat juta orang. Mereka mendiami 14 daripada 23 buah kabupaten di Sulawesi Selatan. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |