DIFTONG | Diftong ialah bunyi yang dikeluarkan dengan menyebut dua vokal sebagai satu suku kata. Contoh dalam bahasa Inggeris ialah ou dalam out dan oi dalam oil. | UMUM | |
AKSEN | Aksen dalam bahasa ialah penekanan yang diberi pada suku kata dalam sesuatu kata. Aksen juga merujuk kepada cara kita bertutur, dan cara menunjukkan bagaimana menyebut sesetengah huruf dengan cara tertentu. | UMUM | |
KEGAGAPAN | Kegagapan yang juga dikenali sebagai gagap ialah suatu bentuk pertuturan yang bersifat ulangan bunyi atau suku kata dengan cara mengeluarkan bunyi yang panjang, teragak-agak atau dengan sekatan kata-kata yang lengkap apabila tidak ada bunyi dikeluarkan. | UMUM | |
ALITERASI | Aliterasi berlaku apabila bunyi yang sama mula menggantikan suku kata yang diaksenkan. Contohnya, dalam “Peter Piper picked a peck of pickled peppers,” aliterasi ini dicipta dengan pengulangan bunyi p pada permulaan setiap suku kata yang diaksenkan. Puisi Inggeris lama tidak mempunyai rima, tetapi mempunyai pola aliterasi. Aliterasi, seperti juga rima, asonansi, dan konsonani, ialah cara pengulangan yang membantu menyatakan perasaan dan idea sesuatu puisi. Lihat juga Puisi (Bunyi). | UMUM | |
RANGKAP BEBAS | Rangkap bebas ialah gaya puisi yang tidak mengikuti peraturan tradisional mengarang puisi. Dalam penulisan rangkap bebas, penyair mengelakkan unsur-unsur tertentu seperti pola irama atau ritma. Sebaliknya, penyair membezakan panjang sesuatu rangkap, dan menggunakan bilangan suku kata luar biasa dalam rangkap, dan menggunakan tempat berhenti yang ganjil di penghujung setiap rangkap. Mereka juga menggunakan pelat dan ritma yang tidak sama dan skima ritma yang tidak selaras. Tetapi rangkap bebas tidak bebas daripada semua bentuk. Ia tetap menggunakan teknik asas puisi sebagai aliterasi dan ulangan. | UMUM | |
ARMSTRONG, LOUIS | Armstrong, Louis (1900–1971), pemain trumpet Amerika yang pertama sekali terkenal sebagai pemain trumpet solo jaz di peringkat antarabangsa. Dia terkenal kerana nada dan teknik tiupannya yang begitu indah dan cemerlang serta suaranya yang garau ketika menyanyi. Dia merupakan pemuzik jaz yang pertama menyanyi dalam gaya yang berterabur dengan susunan suku kata dan nada yang digubah secara sembrono ketika menyanyi, tanpa menggunakan lirik. | UMUM | |
HAIKU | Haiku, puisi tradisional Jepun yang wujud pada abad ke-16. Haiku ditulis dalam tiga baris dan mengandungi 17 suku kata. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
KABA MINANGKABAU | KABA MINANGKABAU, satu bentuk sastera lisan Minangkabau, Secara etimologis perkataan kaba berasal daripada bahasa Arab “khabarun” yang bererti berita, warta atau khabar. Dalam perkembangannya kemudian, kaba tidak lagi berupa berita, tetapi merupakan cerita. Kaba berbentuk lirik prosa, berirama dan bermatra. Lirik kaba pula biasanya terdiri 8, 9 dan 10 suku kata. | SASTERA | Karya |
NAZAM | NAZAM, sejenis gubahan puisi. Nazam terdiri daripada dua larik serangkap dengan jumlah perkataan antara empat hingga enam dalam selarik, dengan jumlah antara lapan hingga 14 suku kata; menggunakan skema rima a-a, a-b, c-b atau serima (monorhyme), dengan sedikit variasi dan kekecualian (misalnya dengan jumlah perkataan lebih dari 10). Seuntai nazam mungkin selesai dengan satu rangkap, tetapi biasanya memerlukan beberapa rangkap atau lirik untuk kenyataan suatu keseluruhan. | SASTERA | Adat |
SKALD | Skald ialah perkataan dalam bahasa Iceland yang bermaksud penyair, yang merujuk kepada penyair Scandinavia pada Zaman Pertengahan. Dari tahun 900-an hingga tahun 1200-an, kebanyakan penyair istana di Scandinavia berasal dari Iceland. Kebanyakan puisi skald memuliakan pemimpin yang berkhidmat dengan skald. Banyak daripada puisi ini atau sebahagiannya dipelihara dalam sagas Iceland tahun 1100-an dan 1200-an. Puisi skald sangat kompleks bentuknya. Ia mempunyai pola aliterasi (persamaan rima dengan pengulangan bunyi yang pertama) yang terkawal dan konsonan (sejenis rima antara suku kata yang mengandungi vokal yang berbeza tetapi berakhir dengan konsonan yang sama). Puisi skald juga menggunakan sejenis metafora luasan yang disebut sebagai kenning. Lihat juga Edda; Saga. | UMUM | |