SUKUN, buah berbentuk bulat yang berkulit menggerutu dan isinya berpulur-pulur. Sukun merupakan makanan asasi bagi penduduk di Lautan Pasifik.
SIRA, proses menyalut kuih yang tawar dengan gula yang telah dicairkan. Apabila gula yang disiram itu sejuk, ia menjadi keras seperti yang terdapat pada kuih keria. Antara kuih-muih yang disira ialah gegetas dan kuih kering. Kuih-muih ini dimasak terlebih dahulu dan disira dengan gula untuk memberi dan menambahkan rasa manis. Semua kuih yang disira adalah keras dan rangup. Di Kelantan, `sira’ bermaksud gula yang dimasak pekat atau kering bersama buah-buahan seperti sukun, kundur dan lain-lain seperti yang terdapat dalam sira buah sukun dan sira kundur kulit limau.
Thanks for clicking. That felt good.