Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Kim) sj gas yg tidak berwarna (terdapat apabila sulfur terbakar dlm udara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist gas yg tidak berwarna, beracun, dan terhasil apabila sulfur terbakar dlm udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulfur dioksida


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULFUR DIOKSIDA

Sulfur dioksida ialah gas beracun tidak berwarna,

dan mempunyai bau yang menusuk hidung. Sulfur

dioksida terbentuk secara semula jadi daripada

aktiviti gunung berapi dan daripada pereputan jirim

organik. Ia boleh dibuat dengan membakar sulfur

atau memanaskan sebatian sulfur logam. Ia juga

dilepaskan ke dalam atmosfera oleh loji penapisan

minyak, kilang dan loji kuasa elektrik yang membakar

batu arang atau minyak. Dalam udara yang dihidu

manusia, bahan ini boleh merengsakan mata dan

sistem pernafasan. Ia juga mungkin larut dalam titisan

air untuk membentuk hujan asid, yang boleh

mendatangkan mudarat atau membunuh hidupan liar

dan merosakkan bangunan. Hujan asid juga mungkin

terbentuk apabila sulfur dioksida di udara bertukar

menjadi sulfur trioksida. Banyak kerajaan

mengehadkan amaun sulfur dioksida yang boleh

dilepaskan oleh industri ke dalam udara.

UMUM 

Kembali ke atas