| SULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMAN | SULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMAN ( ? -1841), Sultan Riau-Lingga yang kedua (1832-1841). Sultan Muhammad Syah juga dikenal sebagai Tengku Besar. Baginda ditabal sebagai Sultan Riau-Lingga selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Abdul Rahman, pada 9 Ogos 1832. Sebaik sahaja ditabalkan sebagai sultan, baginda telah melantik Raja Abdul Rahman, cucu kepada Raja Haji dari Riau, sebagai Yang Dipertuan Muda Bugis, menggantikan bapanya Raja Jaafar. Sultan Muhammad Syah telah mengarahkan Yang Dipertuan Muda Abdul Rahman menyerang Inuk, jajahan Johor yang berada di bawah pemerintahan Raja Merkung dan Raja Markasan. Kedua-duanya adalah ketua lanun yang dikatakan merompak, melanun dan sering mengganggu perdagangan di kawasan tersebut. Raja Merkung dapat dikalahkan dan dihukum pancung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SULTAN ABDUL RAHMAN IBNI SULTAN MAHMUD | SULTAN ABDUL RAHMAN IBNI SULTAN MAHMUD ( ? - 1832), Sultan Johor (1812 – 1832). Baginda juga dikenali dengan nama Tengku Jumat atau Komeng. Baginda ialah putera kepada Sultan Mahmud Syah (m.m. 1761 – 1812) dengan wanita Bugis, Che Mariam binti Bandar Hasan. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor pada 12 Januari 1812 menggantikan ayahandanya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SULTAN ISMAIL PETRA | Sultan Ismail Petra (1949– ) ialah Sultan Kelantan yang ke-28. Baginda merupakan putera tunggal Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Berikutan kemangkatan ayahandanya pada 29 Mac, 1979, di Istana Negara, Kuala Lumpur, baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-12 pada 30 Mac 1980 di Istana Bali, Kota Bharu. | UMUM | |
| SULTAN MUHAMMAD SYAH | SULTAN MUHAMMAD SYAH ( ? -1475), Sultan Pahang yang pertama dari Melaka. Baginda ialah putera kepada Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka dan Puteri Wanang Sari atau Puteri Lela Wangsa. Baginda menjadi Sultan Pahang disebabkan peristiwa baginda membunuh Tun Besar, anak Tun Perak. Sultan Mansur Syah sendiri telah memarahi dan sesal dengan perbuatan Raja Muhammad. Atas titah Sultan Mansur Syah, Raja Muhammad telah dihantar dan dirajakan di Pahang dengan membawa gelaran Sultan Muhammad Syah. Sultan Muhammad Syah adalah Sultan Pahang yang pertama daripada keturunan Sultan Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SULTAN ALI ISKANDAR SYAH | SULTAN ALI ISKANDAR SYAH (1824-1877), Sultan Johor (1840-1877). Baginda ialah putera kedua Sultan Husin Syah, Sultan Singapura-Johor. Walaupun Sultan Husin mangkat pada tahun 1835 di Umbai, Melaka, tetapi Tengku Ali hanya diakui sebagai Sultan pada 16 September 1840. Baginda memakai gelaran Sultan Ali Iskandar Syah. Pengisytiharan Sultan Ali dipersetujui oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Murchison dan diakui oleh kerajaan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SULTAN | Sultan ialah gelaran penghormatan yang diberikan kepada raja dan pemerintahan Islam. Perkataan sultan bermakna berdaulat, tetapi pada zaman dahulu ia bermakna seseorang yang tegas dan amat berkuasa. Gelaran tersebut telah digunakan sejak kira-kira tahun 900. Pemerintah Empayar Uthmaniyyah dikenali sebagai sultan. Ramai sultan yang memiliki kekayaan, tetapi kini beberapa orang sahaja yang mempunyai kuasa seperti raja pada zaman dahulu. | UMUM | |
| SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH | SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH (1586-1603), Sultan Aceh. Sultan Alauddin juga dikenal sebagai Sultan Alaiddin Riayat Syah Saidil al-Mukammil. Baginda ialah putera Raja Abdullah, bekas Walikota Aru yang bernama Djaqahhar Syah. Baginda ialah nenda Sultan Iskandar Muda, Raja Aceh yang amat masyhur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SULTAN ABDUL GHAFUR | SULTAN ABDUL GHAFUR (? – 1614), Sultan Pahang yang ke-12 berketurunan Sultan Melaka. Baginda adalah putera Sultan Abdul Kadir ibni Sultan Zainal Abidin. Baginda menggantikan adindanya, Sultan Ahmad sebagai Sultan Pahang dengan memakai gelaran Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Syah. Baginda berkahwin dengan Raja Ungu, adinda Raja Patani, dan baginda juga berkahwin dengan kerabat di raja Brunei. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (1927– ) ialah Yang di-Pertuan Agong yang kelima (1970–1975), dan Sultan Kedah yang ke-28 (1958– ). Baginda dilantik sebagai Sultan Kedah menggantikan ayahandanya, Sultan Badlishah pada 14 Julai 1958. | UMUM | |
| SALIM III | Salim III (1175–1223 H./1761–1808 M.), putera Sultan Mustapha III ibn Sultan Ahmad III. Baginda merupakan sultan ke-28 dalam salasilah Kesultanan Kerajaan Uthmaniyyah. Salim III menduduki takhta menggantikan bapa saudaranya Sultan Abdul Hamid I pada tahun 1203 H./1789 M. Sewaktu mengambil alih tampuk pemerintahan, keadaan negara agak huru-hara sehingga Rusia dan Austria menguasai kerajaan Uthmaniyyah sebanyak dua kali, iaitu sekitar tahun 1203 H./1789 M. Rusia juga menguasai bandar al-Hasinah yang terletak di tepi laut dan sebahagian besar negeri Aflaq, Baghdan (Molavia) dan Busarabia pada tahun 1205 H./1791 M. Persengketaan itu berakhir dengan perdamaian antara kedua-dua negara tersebut pada tahun 1206 H./1796 M. Akhirnya Rusia berkuasa di negeri al-Qaram dan sebahagian negeri Quban, Busarabia dan beberapa negeri lain. Bandar Otshakov juga diserahkan melalui Perjanjian Yash. | UMUM | |