Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. jalan ke arah atau utk mencapai kesempurnaan batin, mistik, tarekat, tasawuf; ilmu ~ ilmu utk mencapai kesempurnaan batin, ilmu tasawuf; ahli ~ ahli tasawuf; 2. peng­asingan diri, khalwat; masuk ~ = bersuluk; bersuluk mengasingkan diri, berkhalwat (utk bertafakur, menenangkan fikiran, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
suluk (kata nama)
Bersinonim dengan mistik, tasawuf, tarekat.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULUKSULUK, suku kaum Sabah yang berasal dari Kepulauan Sulu.  Istilah Suluk juga kadangkala dieja sebagai Sooloo atau Sulu.  Orang Suluk di Sabah berasal dari pantai timur laut Mindanao, Filipina.  Pada sekitar tahun 1200, berlaku penghijrahan orang Suluk ke Kepulauan Sulu melalui hubungan mereka dengan para pedagang Bajau-Sama yang berasal dari Johor.  Menjelang awal abad ke-17, orang Suluk memantapkan kedudukan mereka di Sulu hingga dapat mempengaruhi pemerintahan Kesultanan Sulu pada abad ke-17 dan abad ke-18.  Orang Suluk dipercayai tiba di negeri Sabah pada sekitar 200 tahun dahulu bersama-sama kumpulan lain dari selatan Filipina seperti orang Bajau, Iranun dan Obian.  Mereka juga digelar sebagai Orang Laut kerana corak hidup mereka yang gemar belayar.BUDAYABangsa/Suku/Kaum
ADAT PERKAHWINAN SULUK

ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik.

             

 

 

BUDAYAKonsep
DALING-DALING

DALING-DALING, tarian suku kaum Bajau di Semporna dan suku kaum Suluk di Sandakan, Sabah; dipercayai berasal dari Pulau Mindanao. Tarian ini dibawa oleh orang Suluk yang berhijrah ke Sabah. Disebabkan ada persamaan antara orang Suluk dengan Bajau Laut dari segi adat resam, agama, budaya dan kesenian, wujudlah asimilasi dan saling pengaruh-mempengaruhi sehingga tarian ini seolah-olah menjadi milik suku kaum bajau.

   

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KUMPIT

KUMPIT, alat  pengangkutan air bagi suku kaum Bajau Laut-Suluk. ‘Kumpit’ merupakan istilah tradisional yang hanya terkenal dalam masyarakat Bajau-Sama-Suluk.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan
SANDAKAN

SANDAKAN, ibu negeri yang pertama bagi Sabah.  Nama Sandakan berasal daripada bahasa suku Suluk, iaitu ‘Sanda’ yang bermaksud sandar atau gadai.  Mengikut cerita tempatan, pada masa awal penubuhan Sandakan terdapat sebuah kedai tempat penduduk tempatan boleh menyandarkan barangan mereka untuk mendapatkan wang.  Justeru itu, Sandakan lebih dikenal sebagai ‘tempat untuk sandarkan barang’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PARTI PERIKATAN SABAH

PARTI PERIKATAN SABAH, parti politik.  Parti Perikatan Sabah merupakan gabungan empat buah parti politik yang terdiri daripada United Pasok Momogun Kadazan Organisation (UPKO) yang mewakili bumiputera bukan Islam iaitu kaum Dusun-Kadazan dan Murut; Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang mewakili bumiputera Islam iaitu kaum Bajau, Suluk, Brunei, Iranun dan Bisaya; Sabah Chinese Association (SCA) yang mewakili kaum Cina dan Sabah Indian Community (SIC) yang mewakili kaum India. Parti ini didaftarkan pada 13 November 1962.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas