Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sum.bi] | سومبي

Definisi : sj kayu peregang kain (pd alat tenun). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.bi] | سومبي

Definisi : = gigi ~ a) gigi yg ditampal; b) gigi tambahan atau buatan (biasanya diselit di celah-celah gigi yg jarang): empat pasang ~ emas terserlah di antara dua bibirnya; bersumbi memakai atau mempunyai sumbi: dia ~ emas; menyumbi 1. membaiki bahagian tepi sesuatu yg rosak; 2. menampal gigi (periuk dll) yg berlubang; 3. mengganti papan perahu dgn papan baru dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.bi] | سومبي

Definisi : , = gigi ~ 1 gigi yg ditampal. 2 gigi tambahan yg dipasang di celah-celah gigi yg jarang. menyumbi 1 menampal gigi yg berlubang. 2 membaiki bahagian tepi sesuatu yg rosak. 3 mengganti papan perahu yg rosak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumbi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUMBI GIGIKapsyen          :           Sumbi gigi

 

SUMBI GIGI, penambal gigi yang rosak atau gigi tambahan atau buatan.  Sumbi gigi memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi di samping mengemas dan mencantikkan gigi.  Sumbi gigi juga boleh berfungsi sebagai susuk pemanis.  Pada mulanya sumbi gigi ini dibentuk menggunakan logam seperti tembaga, perak dan emas.  Lama-kelamaan ada sesetengah masyarakat elit menempah sumbi gigi menggunakan logam platinum, kerana lebih mahal, kuat dan kelihatan berkilat apabila seseorang itu senyum atau ketawa.  Dengan kata lain, sumbi gigi tidak lagi menjadi penutup bagi gigi yang rosak, sama ada berlubang atau rapuh tetapi mula enjadi penghias wajah pemakainya.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas