Sulayman ibn al-Ash‘ath (202–275 H./817–889 M.), penyusun Sunan al-Sittah (enam buah kitab hadith) yang masyhur. Nama penuhnya ialah Sulayman ibn al-Ash’ath ibn Shidad ibn ‘Amru Al- Azdiy Abu Dawud. Dia berbangsa Sajistani dan merupakan seorang imam yang penting dalam bidang ilmu hadith. Dia meriwayatkan hadith yang diambil daripada al-Qa’nabiy, Ahmad, Yahya, Ibnu Madaniy dan lain-lain. Sementara itu, ramai periwayat hadith yang mengambil hadith daripadanya seperti al-Tirmidhy, Abu Bakar (anaknya sendiri), Abu ‘Awwanah dan satu kumpulan perawi. |