Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.nat] | سونت

Definisi : hukum menggalakkan sesuatu per­buatan (dlm Islam) yg menjanjikan ganjaran pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan: berpuasa pd setiap hari Isnin dan Khamis atau pd hari Isnin, Khamis dan Jumaat hukumnya ~; puasa ~ puasa yg tidak diwajibkan (mis puasa enam dlm bulan Syawal dll); sembahyang ~ sembahyang yg tidak diwajibkan (selain sembahyang lima waktu); disunatkan dianjurkan mengerjakan sesuatu (tidak diwajibkan): sebelum ihram, ~ mandi dan sembahyang ihram dua rakaat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.nat] | سونت

Definisi : = ~ rasul khatan; tukang ~ orang yg mengkhatankan, bengkong, mudin; bersunat = ~ rasul dikhatankan, masuk Jawi, bersuci: kata kawan-kawannya yg telah ~ di rumah sakit, doktor pakai ubat pelali dan tentunya tidak terasa apa-apa; menyunat memotong kulup, mengkhatan­kan; menyunati Jk = menyunatkan; menyunatkan, menyunatrasulkan meng­khatankan: aku menjalankan segala tugas orang tua sampai kpd ~nya; sunatan majlis (kenduri) berkhatan: pagi itu pagi ~ anak yg ketiga seorang kaya; anak ~ anak yg disunatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.nat] | سونت

Definisi : mendapat pahala jika dilakukan tetapi tidak berdosa jika ditinggalkan (bkn perbuatan dr segi agama Islam): puasa ~; sembahyang ~. disunatkan digalakkan melakukannya tetapi tidak diwajibkan: Ketika pergi ke masjid, kita ~ memakai bau-bauan yg harum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[su.nat] | سونت

Definisi : ; bersunat dipotong kulupnya; masuk jawi; berkhatan. menyunatkan memotong kulup; mengkhatankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sunat
Kata Terbitan : bersunat, menyunatkan, menyunatrasulkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARAWIKHsolat sunat semasa bulan ramadhanAGAMAKonsep
QIAMULLAILBerjaga malam walaupun seketika dengan melakukan amalan sunat seperti solat tahajjud dan berzikir.AGAMAKonsep
WAKTU SOLAT

Satu tempoh tertentu yang ditetapkan bagi orang Islam untuk menunaikan kewajipan ibadat solat fardu dan sebilangan solat sunat.

FIZIKKonsep
HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN ISLAM

Hukum-hukum perkahwinan Islam, peraturan atau ketentuan menurut hukum syarak sama ada wajib, harus, sunat, makruh atau haram.

AGAMAKonsep

Kembali ke atas