SITI TANJUNG PERAK (1912-1992), pelakon filem. Dia lahir di Bugis, Pulau Sulawesi, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Siti Sundari Samad. Dia tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, hanya tamat sekolah desa. Semasa berumur belasan tahun, dia telah lari dari kampungnya untuk mengelakkan daripada kahwin paksa dan telah menyertai kumpulan bangsawan `Taman Setia’ pada tahun 1929. Nama Siti Tanjung Perak diperolehinya kerana dia sering mendendangkan lagu “Tanjung Perak” ketika mengadakan persembahan bangsawan di seluruh Indonesia dan Tanah Melayu pada ketika itu.
Thanks for clicking. That felt good.