Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.nyi] | سوڽي

Definisi : 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa; 4. Ph rindu (akan); bersunyi, bersunyi-sunyi menjauhkan diri drpd orang ramai, mengasingkan diri, me­nyendiri: sengaja mereka pilih itu kerana mereka hendak ~-sunyi dan boleh berlama­lama di situ; menyunyi ark menjadi sunyi (senyap, sepi); kesunyian 1. perihal sunyi, keheningan, ke­lengangan, kesenyapan, kesepian: bunyi air yg mencurah dr cucuran atap menimpa daun­-daun kering kedengaran membelah ~ malam; 2. berasa sunyi (kerana keseorangan dll): segala yg berlaku di sekelilingnya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya, ia ~, ia keseorangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.nyi] | سوڽي

Definisi : 1 tidak kedengaran sebarang bunyi; senyap: ~ rumah ini, ke mana perginya anak-anak kamu?. ~ senyap sunyi sekali. 2 tidak ada orang; tidak banyak orang; lengang; kosong (bkn rumah): Dahulu, bandar itu sangat maju dan banyak orangnya, tetapi sekarang menjadi mundur dan ~. 3 lepas atau bebas drpd sebarang kejahatan dll: Manusia tiada ~ drpd membuat kesalahan. bersunyi, bersunyi-sunyi pergi menjauhkan diri dr orang ramai; mengasingkan diri: Pd hari-hari kelepasan am, saya lebih suka ~ di rumah drpd menghadiri sebarang majlis keramaian. kesunyian 1 keadaan sunyi; kesepian; kelengangan. 2 berasa sunyi kerana tinggal seorang diri: Apabila ~, saya pergi menonton wayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sunyi (adjektif)
1. Bersinonim dengan senyap: hening

2. Bersinonim dengan tidak berorang
( kosong, lengang, sepi, )
Berantonim dengan bising

3. Bersinonim dengan bebas: jauh, lepas,

Kata Terbitan : bersunyi, bersunyi-sunyi, kesunyian,

Puisi
 

Ayam kecil terlalak-lalak,
     Ayam biring kuning kakinya;
Abang pergi tergelak-gelak,
     Adik tinggal sunyi hatinya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Semut gatal nak gonggong gunung,
     bagaimana dunia takkan sunyi.

Bermaksud :

Sesuatu yang mustahil dilakukan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NYANYI SUNYI

NYANYI SUNYI, kumpulan puisi karya Amir Hamzah. Kumpulan puisi ini diterbitkan pertama kali oleh Balai Pustaka pada tahun 1937. Nyanyi Sunyi diterbitkan semula pada tahun 1963 oleh BI-Publication Limited, Kuala Lumpur dan pada tahun 1982 kumpulan ini diterbitkan pula oleh P.T. Dian Rakyat, Jakarta. Nyanyi Sunyi turut diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti pada tahun 1991. Kumpulan puisi ini memuatkan 24 buah puisi yang bertemakan ketuhanan.

SASTERAKarya
STRATFORD-UPON-AVON

Stratford-upon-Avon ialah sebuah pekan

sunyi, di Warwickshire, England, yang masyhur

sebagai tempat lahir William Shakespeare. Ia

terletak di lembah hijau Sungai Avon. Untuk

lokasinya, lihat United Kingdom (peta politik).

Rumah lama separuh kayu mendereti jalan raya

sempit Stratford-upon-Avon. Ia merupakan pekan

yang terbesar di daerah Stratford-on-Avon.

UMUM 
SELKIRK, ALEXANDER

Selkirk, Alexander (1676–1721) ialah orang

Scotland yang terdampar di sebuah pulau yang

sunyi. Pengalamannya itu telah memberi ilham

kepada kisah Robinson Crusoe (lihat Robinson

Crusoe ). Ketika belayar di Laut Selatan pada tahun

1704 dalam satu ekspedisi lanun, Selkirk telah

bertengkar dengan kapten kapal. Atas

permintaannya sendiri, dia telah tinggal di salah

sebuah kepulauan di Juan Fernandez, kira-kira 640

kilometer ke barat Valparaiso, Chile. Dia tinggal

seorang diri di sana selama 52 bulan sehingga

Kapten Woodes Rogers menyelamatkannya. Kapten

itu mencatatkan pengalaman Selkirk dalam A

Cruising Voyage Around the World . Kapten

Edward Cooke pula memerikannya dalam A

Voyage to the South Seas dan Round the World .

Selkirk lahir di Largo, Fifeshire.

Lihat juga Juan Fernandez.

UMUM 
RESTORAN

Restoran ialah tempat perniagaan yang

menyajikan makanan dan minuman kepada orang

awam. Pada mulanya, restoran menjalankan

perniagaan di tepi jalan, tempat pengembara

berehat dan memulihkan tenaga. Perkataan

restouran berasal daripada perkataan Latin

restaurare , yang bermakna to restore (memulihkan

semula). Hari ini, restoran terdapat di merata-rata

tempat – di jalan yang sunyi dan jalan yang sibuk;

hotel; lapangan terbang, stesen bas, dan stesen

kereta api; taman hiburan; dalam bangunan

pejabat; dan juga pusat membeli-belah.

UMUM 
SURAH AL-DUHA

Surah al-Duha ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah. Surah ini ialah surah yang ke-93

mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan

mengandungi 11 ayat. Surah ini dinamakan al-Duha

sempena ayat sumpah yang terdapat di dalamnya,

iaitu ayat 1 dan 2 bermaksud: “Demi waktu duha

dan malam apabila ia sunyi sepi”.

(Surah al-Duha 93:1–2)

UMUM 

Kembali ke atas