KOREA SELATAN | Korea Selatan, negara yang terletak di antara garis lintang 43<SUP>oSUP> U dan 34<SUP>oSUP> U, dengan keluasan 100 km<SUP>2SUP> dari utara ke selatan dan 216 km<SUP>2SUP> dari timur ke barat. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SUP SARANG BURUNG | Sup sarang burung ialah makanan orang Cina yang terkenal. Sup luar biasa ini dibuat daripada sarang burung swiflet, iaitu burung tertentu di Asia Tenggara yang tergolong dalam famili burung layang-layang. Sarang burung ini dikukuhkan dengan air liur yang telah keras daripada burung swiflet jantan. Apabila dimasak, sarang burung ini menjadi kenyal yang menjadikan tekstur sup kelihatan menarik. Rasa sup datangnya terutamanya daripada jenis air rebusan sarang burung dimasak. Dalam jenis sup sarang burung yang terkenal, sarangnya dimasak dalam air rebusan ayam pekat yang dicampurkan dengan ayam lembut (putih telur yang dipukul hingga naik dan ayam dicincang halus). Lain-lain jenis sup sarang burung termasuk sup masin yang dihidang sebagai pembuka selera dan sup pencuci mulut yang manis yang dibuat dengan tembikai. | UMUM | |
E = MC 2 | E = mc<SUP>2SUP> ialah formula yang dicipta oleh ahli fizik, Albert Einstein yang secara langsung mengaitkan jisim (jirim) dengan tenaga. | UMUM | |
AIR BERAT | Air berat (formula kimia D2O atau <SUP>2 SUP>H2O) ialah air yang mengandungi isotop hidrogen berat yang dinamakan deuterium (simbol kimia D) yang menggantikan hidrogen biasa. Atom deuterium mempunyai jisim kira-kira dua kali ganda atom hidrogen biasa. Air berat juga dinamakan deuterium oksida . | UMUM | |
DEUTERIUM | Deuterium, yang juga dikenali sebagai hidrogen berat, ialah isotop hidrogen yang stabil (lihat Isotop). Simbol kimianya ialah D atau <SUP>2SUP>H. Deuterium ialah bahagian yang penting dalam bom hidrogen dan ia digunakan dalam penyelidikan fizik atom, biokimia, dan kimia. | UMUM | |
KOREA UTARA | Korea Utara, negara yang terletak di antara garis lintang 45<SUP>o SUP>U dan 38<SUP>o SUP>U. Negara ini juga dikenali dengan nama Republik Rakyat Demokratik Korea. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
OKRA | Okra, juga dikenali sebagai “bendi” atau “bender” ialah tumbuhan yang ditanam kerana lenggainya yang belum matang, yang digunakan untuk memasak stew, untuk memekatkan sup dan memperasakan sup, dan sebagai sayur. Ia adalah tumbuhan tahunan. Tingginya 0.5 meter hingga 2.5 meter. Daunnya bulat, bercuping halus dan bergerigi halus. Lenggai pada tumbuhan ini dan bunganya berwarna kuning kehijauan. Panjangnya dari 10 sentimeter hingga 15 sentimeter tetapi kadangkala melebihi 30 sentimeter apabila membesar sepenuhnya. Lenggai okra dimasak ketika muda dan lembut. Okra adalah sejenis bunga raya, dan ia berkaitan rapat dengan kapas. Ia berasal dari Afrika. Pengelasan saintifik. Okra tergolong dalam famili mallow, Malvaceae. Ia adalah Hibiscus esculentus . | UMUM | |
KUALA LUMPUR | KUALA LUMPUR, ibu negara Malaysia. Kuala Lumpur terletak pada garis lintang 3<SUP>oSUP> 8’U dan garis bujur 100<SUP>oSUP> 44T. Kedudukan kawasan pusat asalnya ialah di Kuala Sungai kelang dan Sungai Gombak. Bandar ini meliputi Lembah Kelang sebagai kawasan terpenting dan dipinggiri oleh tanah tinggi di sebelah timur. Kuala Lumpur mempunyai iklim yang seragam dengan purata 27<SUP>oSUP> dan purata hujan 2700 mm setahun. Kepesatan pembangunan fizikal Kuala Lumpur telah menjadikannya lebih panas (2oC – 7oC) dan lebih kering daripada kawasan sekelilingnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BELGIUM | Belgium. Negara yang terletak di barat laut Eropah. Belgium adalah salah satu negara terkecil di Eropah, dengan keluasan hanya 30 521 km<SUP>2SUP>. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BERLIN | Berlin, ibu negara dan bandar raya terbesar di Jerman. Berlin mempunyai keluasan kira-kira 891 km<SUP>2SUP> dengan jumlah penduduk kira-kira 3.4 juta orang (2005). | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |