Tasik Superior, salah satu daripada lima Tasik-tasik Besar Amerika Utara, merupakan kawasan air tawar yang terbesar di dunia. Antara Tasik-tasik Besar itu, Tasik Superior ialah tasik yang paling dalam, paling tinggi di atas aras laut, dan paling jauh ke utara dan paling jauh ke barat (lihat Tasik-tasik Besar ). Tasik Superior membentuk sebahagian daripada sistem jalan air pedalaman Amerika Syarikat dan Kanada. Sistem ini menganjur dari Lautan Atlantik melalui Jalan Laut St. Lawrence, Tasik-tasik Besar, dan Sungai Mississippi hingga ke Teluk Mexico. Pedagang bulu haiwan bangsa Perancis yang awal menamakan tasik ini dalam bahasa Perancis Lac Supérieur, yang bererti Tasik Hulu dalam bahasa Perancis. |