Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.per.no.va] | سوڤرنوۏا

Definisi : (Ast) bintang yg menjadi sangat terang disebabkan berlakunya ledakan yg menghamburkan jisimnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata supernova


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUPERNOVA

Supernova ialah sebuah bintang yang meletup dan

menjadi berbilion kali ganda lebih terang daripada

matahari sebelum beransur-ansur lenyap. Pada tahap

yang paling terang, supernova mungkin bersinar

lebih terang daripada terangnya sesuatu galaksi.

Letupan itu mengeluarkan kepulan debu dan gas ke

angkasa lepas. Jisim bahan yang terbuang itu

mungkin melebihi 10 kali ganda jisim matahari.

UMUM 
TAURUS

Taurus, Lembu Jantan , ialah buruj (kumpulan

bintang) yang membentuk tanda kedua zodiak.

Dalam mitologi Yunani, Zeus mengubah dirinya

menjadi seekor lembu jantan yang putih bersih

supaya dia dapat menawan hati Europa yang

dicintainya. Lembu itu dikagumi oleh Europa lalu

ditungganginya. Zeus pun mendedahkan

identitinya dan mengahwini Europa.

Di langit, Taurus dapat dicamkan dengan

kehadiran dua gugusan bintang yang terbuka.

Gugusan bintang berbentuk V, iaitu Hyades ,

menandakan muka lembu. Pleiades, gugusan

bintang yang agung dan lebih padat, membentuk

bahu lembu itu. Bintang yang kemerah-merahan,

Aldebaran, menandakan mata kanan. Dua butir

bintang lagi, Beta dan Zeta Tauri, membentuk

hujung tanduk lembu. Taurus juga termasuk

Nebula Ketam, suatu jisim gas dan debu yang

mengembang, dan yang berpunca daripada

supernova (ledakan bintang) serta T. Tauri, bintang

yang berubah-ubah.

Lihat juga Astrologi; Supernova; Zodiak.

UMUM 

Kembali ke atas