SURAH AL-QIYAMAH | Surah al-Qiyamah ialah salah satu daripada surah-surah Makkiyyah, surah yang ke-75 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 40 ayat. Surah ini dinamakan al-Qiyamah kerana gambaran hari kiamat dan perkara-perkara dahsyat yang berlaku pada hari tersebut. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “Maka apabila pemandangan menjadi bingung (kerana ketakutan). Dan bulan menjadi gelap. Dan dikumpulkan matahari dan bulan”. (Surah al-Qiyamah 75:7–9) | UMUM | |
SURAH AL-ANBIYA' | Surah al-Anbiya’ ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-21 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 112 ayat. Surah ini dinamakan Surah al-Anbiya’ kerana di dalamnya Allah S.W.T. menyebut kisah beberapa orang nabi yang mulia. Kadang-kadang kisah para nabi ini diceritakan dengan panjang lebar dan kadang-kadang ringkas sahaja. | UMUM | |
SURAH AL-TAHRIM | Surah al-Tahrim ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-66 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 12 ayat. Surah ini dikenali dengan al-Tahrim, kerana perkataan ini telah datang di permulaan surah al- Tahrim yang bermaksud: “Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu)”. (Surah al-Tahrim 66:1) | UMUM | |
SURAH AL-BAQARAH | Surah al-Baqarah ialah salah satu daripada surah-surah Madaniyyah, surah yang kedua mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 286 ayat. Surah ini dinamakan al- Baqarah (lembu betina) untuk mengingati mukjizat terbesar yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s. Ia mengandungi kisah seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah dibunuh. Pembunuhnya tidak dapat diketahui. Mereka mengemukakan perkara ini kepada Nabi Musa a.s. dengan harapan baginda dapat mengetahui siapa si pembunuhnya. Lalu Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. supaya memerintahkan mereka menyembelih seekor lembu betina dan memukul si mati dengan sebahagian dagingnya. Maka, dengan izin Allah S.W.T. si mati itu hidup semula dan memberitahu mereka siapa pembunuhnya. Peristiwa ini menjadi bukti kekuasaan Allah S.W.T. yang dapat menghidupkan makhluk sesudah ia mati. | UMUM | |
SURAH-SURAH AL-QUR'AN | Surah-surah al-Qur’an, kumpulan ayat yang terdapat dalam al-Qur’an. Ia mempunyai permulaan dan pengakhiran yang khusus bahkan terputus dari surah yang sebelumnya. Semua surah dimulakan dengan bacaan Bismillah kecuali surah al-Tawbah. Perkataan ‘surah’ sebenarnya diambil daripada perkataan suwar. Perkataan suwar pula bermaksud pagar kota. Perkataan suwar juga kata jamak untuk perkataan surah. | UMUM | |
SURAH AL-TAKWIR | Surah al-Takwir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-81 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 29 ayat. Ia dinamakan al-Takwir (digulung) kerana firman Allah S.W.T. bermaksud: “Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)”. (Surah al-Takwir 81:1) | UMUM | |
SURAH AL-BAYYINAH | Surah al-Bayyinah ialah salah satu daripada surah-surah Madaniyyah, surah yang ke-98 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al- Bayyinah (keterangan) berdasarkan firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Dan tidaklah berpecah-belah orang-orang yang didatangkan al-kitab (kepada mereka) melainkan sesudah datang kepada mereka keterangan yang nyata”. | UMUM | |
SURAH AL-SYURA | Surah al-Syura ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-42 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 53 ayat. Namanya diambil bersempena dengan kepentingan syura (mesyuarat) dalam pentadbiran Islam dan kaum muslimin digesa agar mengikuti metodologi syura dalam mengatur urusan hidup mereka. | UMUM | |
SURAH AL-FATH | Surah al-Fath ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-48 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 29 ayat. | UMUM | |
SURAH AL-KAFIRUN | Surah al-Kafirun ialah salah satu surah Makkiyyah, surah yang ke-109 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi enam ayat. Nama surah ini diambil berdasarkan firman Allah S.W.T. yang berbunyi: “Ya Ayyuha al-Kafirun”. (Surah al-Kafirun 109:1) | UMUM | |