| SURAH AL-BAQARAH | Surah al-Baqarah ialah salah satu daripada surah-surah Madaniyyah, surah yang kedua mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 286 ayat. Surah ini dinamakan al- Baqarah (lembu betina) untuk mengingati mukjizat terbesar yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s. Ia mengandungi kisah seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah dibunuh. Pembunuhnya tidak dapat diketahui. Mereka mengemukakan perkara ini kepada Nabi Musa a.s. dengan harapan baginda dapat mengetahui siapa si pembunuhnya. Lalu Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. supaya memerintahkan mereka menyembelih seekor lembu betina dan memukul si mati dengan sebahagian dagingnya. Maka, dengan izin Allah S.W.T. si mati itu hidup semula dan memberitahu mereka siapa pembunuhnya. Peristiwa ini menjadi bukti kekuasaan Allah S.W.T. yang dapat menghidupkan makhluk sesudah ia mati. | UMUM | |
| SURAH AL-ANBIYA' | Surah al-Anbiya’ ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-21 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 112 ayat. Surah ini dinamakan Surah al-Anbiya’ kerana di dalamnya Allah S.W.T. menyebut kisah beberapa orang nabi yang mulia. Kadang-kadang kisah para nabi ini diceritakan dengan panjang lebar dan kadang-kadang ringkas sahaja. | UMUM | |
| SURAH AL-TAHRIM | Surah al-Tahrim ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-66 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 12 ayat. Surah ini dikenali dengan al-Tahrim, kerana perkataan ini telah datang di permulaan surah al- Tahrim yang bermaksud: “Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu)”. (Surah al-Tahrim 66:1) | UMUM | |
| SURAH AL-INSHIRAH | Surah al-Inshirah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-94 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Inshirah (perihal melapangkan dada Nabi) kerana dalam ayat pertamanya Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Bukankah Kami telah lapangkan dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?” (Surah al-Inshirah 94:1) | UMUM | |
| SURAH AL-HUJURAT | Surah al-Hujurat ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-49 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 28 ayat. Surah ini dinamakan al-Hujurat (bilik-bilik) kerana Allah S.W.T. menyebut tentang kemuliaan rumah Nabi Muhammad s.a.w., di dalamnya terdapat bilik-bilik yang telah diduduki oleh isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang suci. | UMUM | |
| SURAH AL-TUR | Surah al-Tur ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-52 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 49 ayat. Surah ini dinamakan al-Tur kerana Allah S.W.T. memulakan surah ini dengan bersumpah dengan nama Bukit Tur, tempat Nabi Musa a.s. berbicara dengan Allah S.W.T. Peristiwa itu menjadikan Bukit Tur diliputi dengan cahaya dan kebesaran serta limpahan rahmat Ilahi yang menjadikannya tempat serta permukaan bumi yang dimuliakan. | UMUM | |
| SURAH AL-DUKHAN | Surah al-Dukhan ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-44 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 57 ayat. Surah ini dinamakan al-Dukhan (asap) kerana Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk menakutkan (menggerunkan) orang-orang kafir dengan mengazabkan mereka dengan kemarau dan kelaparan disebabkan pendustaan mereka terhadap rasul. Allah S.W.T. telah mengutuskan mereka asap tebal yang menyebabkan mereka hampir binasa tetapi Nabi Muhammad s.a.w. telah menyelamatkan mereka dengan berkat doanya. | UMUM | |
| SURAH AL-QASAS | Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat. Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya (kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh- Nya. | UMUM | |
| SURAH AL-SYU'ARA' | Surah al-Syu‘ara’ ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-26 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 127 ayat. Surah ini dinamakan al-Syu‘ara’ (para penyair) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya perihal para penyair. Ia bertujuan untuk menolak anggapan musyrikin yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. seorang penyair dan semua yang dibacakan olehnya ialah syair-syair. Oleh itu, Allah S.W.T. menolak anggapan tersebut melalui surah ini. | UMUM | |
| SURAH AL-MA'IDAH | Surah al-Ma’idah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang kelima mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 120 ayat. Surah ini dinamakan al-Ma’idah (hidangan) berdasarkan perkataan itu yang disebut di dalamnya. Surah al-Ma’idah menceritakan tuntutan golongan Hawari kepada Nabi Isa a.s. sebagai bukti kebenaran kenabiannya. Penyempurnaan tuntutan itu menjadi hiburan bagi mereka. Kisah al-Ma’idah ini sangat mengagumkan dan terkandung di dalam banyak ayat al-Qur’an dengan gambaran yang halus daripada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. | UMUM | |