Surah al-Syu‘ara’ ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-26 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 127 ayat. Surah ini dinamakan al-Syu‘ara’ (para penyair) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya perihal para penyair. Ia bertujuan untuk menolak anggapan musyrikin yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. seorang penyair dan semua yang dibacakan olehnya ialah syair-syair. Oleh itu, Allah S.W.T. menolak anggapan tersebut melalui surah ini. |