Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata surah muhammad


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH MUHAMMAD

Surah Muhammad ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-47 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an al-Karim dan

mengandungi 38 ayat. Surah ini dinamakan

demikian kerana memfokuskan keadaan orang

yang beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan

juga orang yang mendustai kerasulannya.

UMUM 
SURAH AL-INSHIRAH

Surah al-Inshirah ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-94 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Inshirah (perihal

melapangkan dada Nabi) kerana dalam ayat

pertamanya Allah S.W.T. berfirman yang

bermaksud:

“Bukankah Kami telah lapangkan dadamu (wahai

Muhammad serta mengisinya dengan iman dan

hidayah petunjuk)?”

(Surah al-Inshirah 94:1)

UMUM 
SURAH AL-MUZZAMMIL

Surah al-Muzzammil ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-73 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

20 ayat. Surah ini dinamakan al-Muzzammil (orang

yang berselimut) kerana Allah S.W.T. menggunakan

perkataan itu ketika menyeru Rasulullah s.a.w.

seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Wahai orang yang berselimut, (Muhammad)”.

(Surah al-Muzzammil 73:1)

UMUM 
SURAH AL-GHASHIYAH

Surah al-Ghashiyah ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-88 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

26 ayat. Surah ini dinamakan al-Ghashiyah (hari

kiamat yang huru-hara) kerana ada disebutkan di

dalam ayat yang pertama sebagaimana dalam

firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Sudahlah sampai kepadamu (wahai

Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya

meliputi?”

(Surah al-Ghashiyah 88:1)

UMUM 
SURAH AL-IKHLAS

Surah al-Ikhlas adalah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-112 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

empat ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Ikhlas

(ikhlas) kerana ia menceritakan tentang kebenaran

iman yang tidak diselit oleh sifat riya’. Diriwayatkan

bahawa golongan musyrikin datang bertemu

Rasulullah s.a.w., lantas berkata: “Wahai

Muhammad, gambarkan kepada kami tentang

Tuhan kamu. Adakah ia daripada emas ataupun

perak, atau batu delima ataupun batu jed? Maka

turunlah ayat yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu

Maha Esa. Allah tempat bergantung”.

(Surah al-Ikhlas 112:1–2)

UMUM 
SURAH AL-HUJURAT

Surah al-Hujurat ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang ke-49 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

28 ayat. Surah ini dinamakan al-Hujurat (bilik-bilik)

kerana Allah S.W.T. menyebut tentang kemuliaan

rumah Nabi Muhammad s.a.w., di dalamnya

terdapat bilik-bilik yang telah diduduki oleh isteri-isteri

Rasulullah s.a.w. yang suci.

UMUM 
SURAH AL-DUKHAN

Surah al-Dukhan ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-44 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

57 ayat. Surah ini dinamakan al-Dukhan (asap)

kerana Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk

menakutkan (menggerunkan) orang-orang kafir

dengan mengazabkan mereka dengan kemarau

dan kelaparan disebabkan pendustaan mereka

terhadap rasul. Allah S.W.T. telah mengutuskan

mereka asap tebal yang menyebabkan mereka

hampir binasa tetapi Nabi Muhammad s.a.w. telah

menyelamatkan mereka dengan berkat doanya.

UMUM 
SURAH AL-SYU'ARA'

Surah al-Syu‘ara’ ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-26 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

127 ayat. Surah ini dinamakan al-Syu‘ara’ (para

penyair) kerana Allah S.W.T. menyebut di

dalamnya perihal para penyair. Ia bertujuan untuk

menolak anggapan musyrikin yang mengatakan

Nabi Muhammad s.a.w. seorang penyair dan

semua yang dibacakan olehnya ialah syair-syair.

Oleh itu, Allah S.W.T. menolak anggapan tersebut

melalui surah ini.

UMUM 
SURAH AL-ANFAL

Surah al-Anfal ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang kelapan mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

75 ayat. Surah ini dinamakan al-Anfal (harta

rampasan perang) kerana ayatnya dimulai dengan

firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Mereka bertanya kepadamu (wahai

Muhammad) tentang harta al-Anfal (rampasan

perang)”.

(Surah al-Anfal 8:1)

UMUM 
SURAH AL-FURQAN

Surah al-Furqan ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-25 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 77 ayat.

Surah ini dinamakan al-Furqan kerana Allah S.W.T.

menyebut tentang al-Qur’an melalui ayat-ayat surah

ini dengan menyatakan bahawa ia adalah kitab

yang diturunkan kepada hamba-Nya, Muhammad

s.a.w. Al-Qur’an adalah suatu nikmat yang terbesar

kepada seluruh manusia kerana ia umpama cahaya

terang dan gemilang yang dijadikan oleh Allah

S.W.T. sebagai pembeza antara kebenaran dengan

kebatilan, antara cahaya dengan kegelapan serta

antara kekufuran dengan keimanan. Lantaran itu al-

Qur’an selayaknya diberi nama al-Furqan atau

pemisah.

UMUM 
12

Kembali ke atas