Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kertas yg ditulis, segala sesuatu yg tertulis (tercetak dll): maka dikeluarkannya dua gulung ~; juru~ orang yg menulis surat (penulis); 2. = ~ kiriman kertas yg ditulis (mengandungi khabar dll) dan dikirim kpd orang lain: dia baru menerima ~ drpd ayahnya; peti ~ peti (di tepi jalan, di pejabat pos) tempat mengepos surat; sampul ~ = sarung ~ selongsong drpd kertas (tempat memasukkan surat yg hendak dikirim); tukang ~ Id tukang pos; 3. sesuatu yg ditulis, tulisan: dlm zaman itu, belumlah ada seorang pun yg terlebih pandai bahasa dan ~ Cina daripadanya; ~ akuan surat yg ditulis utk memperakukan sesuatu (spt barang jualan, kelayakan seseorang, dsb); ~ anggota Id surat tanda ahli sesuatu pertubuhan dll; ~ angkatan Id surat rasmi utk menjabat sesuatu jawatan; ~ anonim surat yg tidak diketahui penulisnya; ~ azimat kertas yg bertulis dgn ayat tertentu sbg tangkal dll; ~ bahari ark surat yg menge­sahkan penerimaan, resit; ~ beranak = ~ jadi = ~ lahir surat keterangan mengenai ke­lahiran dll; ~ berdaftar surat kiriman yg didaftarkan di pejabat pos (supaya tidak hilang); ~ berhenti a) surat pengesahan berhenti (dr sekolah) yg diberi oleh guru besar; b) surat memohon berhenti drpd jawatan; c) surat dipecat drpd jawatan; ~ belasungkawa surat utk menyatakan turut berdukacita; ~ buta = ~ gelap = ~ kaling = ~ mentega surat yg tidak diketahui penulisnya (khas utk meng­kritik dll); ~ cap surat yg rasmi; ~ cara dokumen undang-undang spt geran, kontrak, dsb; ~ cepat Id surat (penting) yg mesti disampaikan lekas-lekas; ~ cerai = ~ talak surat yg menyatakan bahawa si isteri telah diceraikan oleh suaminya; ~ dakwa surat yg mengandungi tuduhan yg dibacakan di hadapan hakim; ~ daftar senarai; ~ dinas Id = ~ jawatan surat urusan kerajaan (tidak dikenakan bayaran pos); ~ doktor surat pengesahan drpd doktor (menyatakan seseorang itu uzur dan tidak dapat bekerja); ~ edaran = ~ keliling = ~ pekeliling surat yg diedarkan (utk pengetahuan umum); ~ gadai a) surat tanda meminjam wang dgn meng­gadaikan barang; b) Id surat penetapan cukai; c) Id surat izin (senjata api dll); ~ hasrat (Eko) surat yg menyatakan keinginan seseorang atau sesuatu pihak utk melaksanakan kontrak, projek dsb; ~ hutang surat penga­kuan telah meminjam wang drpd orang; ~ ikatan (Eko) dokumen yg sah bagi perjanjian atau persetujuan antara pihak yg terlibat; ~ insurans surat perjanjian mengenai insurans, polisi; ~ iringan surat penjelasan yg dihantar bersama-sama dgn dokumen, barang dsb; ~ isian Id surat yg harus diisi, borang; ~ izin = ~ kebenaran surat yg menyatakan bahawa pemegangnya diberi izin atau kebenaran utk melakukan (memiliki) sesuatu; ~ jaminan surat utk menjamin sesuatu (kelakuan baik orang dll); ~ jemputan = ~ undangan surat utk menjemput orang datang (ke majlis perkahwinan dll); ~ kahwin = ~ nikah surat pengesahan perkahwinan; ~ kawat telegram; ~ keberatan Id surat yg menyatakan ber­keberatan; ~ kenalan surat utk memperkenal­kan seseorang dll; ~ kepercayaan Id surat yg menyatakan bahawa pemegang surat itu telah dilantik menjadi wakil dll; ~ keterangan surat yg memberi keterangan bkn sesuatu; ~ kiriman surat yg dikirimkan dgn pos; ~ kredit (Eko) dokumen drpd sebuah bank kpd bank lain yg membenarkan pembayaran dibuat kpd penamanya apabila syarat telah dipenuhi, biasanya diperlukan oleh pengeksport sbg bukti kemampuan pengimport membayar beliannya; ~ kuasa surat yg memberi kuasa kpd orang tertentu utk mengurus sesuatu; ~ layang = ~ terbang surat yg tidak diketahui penulisnya (biasanya surat yg mengecam, menyebarkan berita buruk atau berita palsu, dll); ~ lepas a) surat cerai; b) surat yg menyatakan sudah diberhentikan drpd jawatan; ~ mati surat keterangan tentang kematian; ~ nujum surat yg mengandungi hal bintang raksi (bintang dua belas); ~ paksa Id surat amaran yg diberikan kpd orang yg tidak membayar cukai; ~ partikelir Id surat yg bukan surat urusan kerajaan (bukan surat jawatan); ~ pas surat yg mengizinkan pembawanya lalu (membawa sesuatu dll); ~ pelekat surat iklan dll yg ditampalkan di mana­mana; ~ pemberitahuan surat utk mem­beritahukan sesuatu kpd orang; ~ pemilih = ~ suara Id surat utk memilih (wakil rakyat dll); ~ pengantar Id surat yg dikirim bersama barang yg dihantar; ~ perintah = ~ tugas Id surat yg menerangkan bahawa pembawanya ditugaskan (diperintahkan) utk melakukan sesuatu; ~ perjanjian surat yg menyatakan perjanjian yg telah dibuat; ~ permintaan = ~ permohonan a) surat utk meminta sesuatu drpd pembesar dll; b) surat utk melamar pekerjaan; ~ pujian = ~ puji-pujian a) surat yg menyatakan kebaikan sesuatu; b) surat yg mengandungi puji-pujian terhadap jasa orang dll; ~ rantai = ~ berantai surat yg dikirimkan kpd orang dan mesti disalin dan dikirimkan pula kpd orang lain; ~ rayuan surat yg mengandungi rayuan (supaya diringankan hukuman, diperkenankan permohonan, dll) kpd pembesar-pembesar dll; ~ salinan surat yg disalin dr surat asal; ~ saman = ~ sita surat yg mewajibkan orang hadir di muka hakim (di mahkamah); ~ sebaran = ~ selebaran surat yg dibahagi-bahagikan kpd orang ramai (mengandungi pengumuman utk orang ramai dll); ~ segel Id surat yg bercap (utk perjanjian dll); ~ sembah sl surat tanda tunduk (kpd raja lain); ~ sumpah a) surat pengganti surat beranak yg hilang (dikeluarkan oleh kerajaan); b) surat ikrar atau janji yg teguh; ~ syer surat yg menandakan seseorang memiliki syer (dlm sesuatu syarikat perdagangan dll); ~ tanda surat bukti atau pengakuan (resit, sijil, dll); ~ tempelan Id surat pelekat; ~ terbuka a) surat yg tidak dimasukkan ke dlm sampul surat; b) surat kpd orang tertentu yg disiarkan di dlm akhbar dll (sbg menyatakan bantahan dll); ~ tercatat = ~ terdaftar Id surat berdaftar; ~ titah surat yg mengandungi titah raja; ~ tuduhan surat yg mengandungi tuduhan; ~ tukar nama surat yg mengesahkan pertukaran milik (tanah, syer, dll); ~ ugutan surat yg mengugut atau mengancam; ~ ukur Id surat yg mengandungi pelan tanah serta pelan rumahnya sekali; ~ uleman Id surat jemputan; ~ undi (undian) a) surat yg berisi nombor utk mengundi; b) tiket loteri; ~ wakil surat yg membenarkan pembawanya bertindak sbg ganti orang yg mengeluarkan surat itu; ~ wasiat surat yg mengandungi pesanan orang yg meninggal; ~ atas batu prb sesuatu adat yg terus dipakai selama-lamanya; bersurat 1. memakai surat; para jemputan yg tidak ~ para jemputan yg dijemput dgn mulut (tidak dgn surat); 2. ditulis, bertulis; batu ~ prasasti; menyurat 1. membuat surat: ia pun meng­ambil upah ~; 2. menulis: kerjanya ~; se­bagai ~ di atas air prb pekerjaan yg sia-sia; surat-menyurat 1. saling berkirim surat, berkirim-kiriman surat: selepas banyak ~ antara London, Calcutta dan Singapura, Tengku Ali pun diberi wang sara; 2. perihal tulis-menulis surat, karang-mengarang surat; kerani ~ kerani yg mengurus hal surat (di pejabat dll); menyurati 1. menulis pd, menulisi; 2. menulis (mengirim) surat kpd; menyuratkan 1. menulis utk: suratkan ham­ba cerita ini; 2. menulis sesuatu pd: dirham itu disuratkan nama Raja Iskandar; 3. menulis, mencatatkan: dan hutang hamba suratkan saja dahulu, nanti diselesaikan semuanya; tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat: pembaca tidak tahu akan maksud yg ~ itu; 2. telah ditakdirkan: kalau gerak takdir telah ~, entah hilang anakanda di laut lepas; suratan 1. sesuatu yg disurat, tulisan: apabila aku lihat akan ~ kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku melihat surat Melayu yg dibubuh cap; 2. = ~ takdir sesuatu yg telah ditetapkan oleh Tuhan, nasib, takdir, untung malang: ia datang ke mari bukan kerana hatinya, tetapi kerana nasibnya dan ~; ~ tangan a) garis-garis (retak) pd tapak tangan; b) suratan takdir; persuratan perihal tulis-menulis, kepus­takaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,

Puisi
 

Air ini air minuman,
     Air letak dalam gelas;
Surat ini surat kiriman,
     Harap juga abang balas.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Akan mengaji,
     surat 'lah hilang;
akan bertanya,
     guru 'lah mati.

Bermaksud :

Dalam keadaan yang serba salah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAT-MENYURAT

Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi

bertulis. Orang menulis surat untuk urusan

perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus

niaga umumnya lebih rasmi daripada surat

peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan

memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk

jualan menjual barangan dan surat peringatan.

Surat peribadi termasuk surat kiriman antara

anggota keluarga atau sahabat, surat undangan,

dan nota ucapan terima kasih.

UMUM 
SURAT PATEN

Surat paten adalah surat terbuka tentang

kebenaran kerajaan terhadap hak monopoli kepada

pencipta. Raja boleh juga menggunakan surat

paten untuk menganugerahkan kebangsawanan.

Surat paten biasanya ditulis di atas velum (kertas

kulit halus) dan ditandakan dengan cap pihak

berkuasa yang mengeluarkannya.

UMUM 
SAMPUL SURAT

Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia

berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan

kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak

sebagai pelindung daripada kehilangan atau

kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian

kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu

sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam

supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat

atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang

berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak

perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan.

Mesin yang pertama berjaya membuat sampul

surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park

dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898,

John Ames Sherman telah mematenkan mesin

pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik,

mengurangkan kos membuat sampul surat bergam.

UMUM 
SURAT KUASA WAKIL

Surat kuasa wakil ialah dokumen undang-undang

yang bertulis, biasanya dalam bentuk surat

ikatan. Orang yang menandatangani surat tersebut

melantik wakil atau peguam yang mempunyai

kuasa bertindak bagi pihak yang menandatangani

surat tersebut.

UMUM 
SURAT IKATAN

Surat ikatan ialah dokumen bertulis berhubung

dengan pemindahan hak milik harta. Surat ikatan

mesti ditandatangani oleh pihak yang memindah

hak milik. Dalam banyak kes, ia juga ditandatangani

oleh pihak yang menerima hak milik. Surat ikatan

juga mesti memperincikan harta yang dipindah

milik dan menunjukkan niat untuk memindah milik.

Surat ikatan ini hanya akan berkuat kuasa apabila ia

dihantarkan kepada pihak yang menerima hak

milik.

UMUM 
SURAT KHABAR

Surat khabar ialah penerbitan yang

dikhususkan terutamanya untuk melaporkan dan

membuat ulasan sesuatu berita. Surat khabar ialah

saluran yang terbaik untuk mengetahui peristiwa

semasa. Surat khabar juga memainkan peranan

penting dalam membentuk pendapat awam.

UMUM 
SURAT KREDIT

Surat kredit dikeluarkan oleh sesebuah bank,

mengizinkan seseorang individu, firma perniagaan

atau pihak tertentu untuk mengeluarkan sejumlah

wang yang dinyatakan atas nama bank berkenaan.

Surat ini sering digunakan oleh syarikat-syarikat

untuk membiayai pergerakan barangan antara

negara-negara. Ia juga digunakan oleh para

pengembara.

UMUM 
SURAT KERTAS HIJAUSURAT KERTAS HIJAU, kumpulan puisi Sitor Situmorang. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Surat Kertas HijauI> diterbitkan pada tahun 1953 oleh Pustaka Rakyat, Jakarta.  Kumpulan puisi ini telah diulang cetak pada tahun 1978.  Cetakan ketiga pada tahun 1985 telah diterbitkan oleh Penerbit Dian Rakyat.  <I style="mso-bidi-font-style: normal">Surat Kertas HijauI> merupakan kumpulan puisi Sitor Situmorang yang pertama terbit setelah dia merantau ke Eropah dari tahun 1950 hingga tahun 1952.SASTERAKarya
SURAT KEWSURAT KEW, satu dokumen perjanjian yang ditandatangani antara pihak kerajaan Britain dengan kerajaan buangan Belanda di Kew, London.  Pada bulan Januari 1775, Perancis telah menyerang dan menawan negeri Belanda.  Dengan itu Raja Belanda, Raja William V, telah melarikan diri ke England untuk mendapatkan perlindungan.  Di England, dia menubuhkan sebuah kerajaan dalam buangan.  Oleh sebab Belanda adalah sebuah kuasa Eropah yang memiliki banyak tanah jajahan di seberang laut, timbul persoalan siapakah yang harus menguasai milik Belanda tersebut.  Raja Belanda dengan segera mengeluarkan arahan kepada gabenor-gabenor wilayahnya di seberang laut supaya menyerahkan pentadbiran mereka kepada British.  Arahan inilah yang dikenal sebagai Surat Kew (Kew Letters).  Surat Kew menegaskan bahawa semua wilayah jajahan Belanda di seberang laut hendaklah diambil alih oleh British dengan persefahaman bahawa semua ini akan dikembalikan kepada Belanda apabila perang menentang Perancis di Eropah tamat.  Langkah ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan Belanda untuk menghalang peluasan kuasa Perancis ke wilayah-wilayah jajahan Belanda di seberang laut.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
SURAT KEPERCAYAAN GELANGGANGSURAT KEPERCAYAAN GELANGGANG, pernyataan sikap seniman dan budayawan Indonesia mewakili perkumpulan Gelanggang Seniman Merdeka, yang ditubuhkan di Jakarta pada 19 November 1946.  Antara ahli Gelanggang Seniman Merdeka ialah Chairil Anwar, Asrul Sani, Rivai Apin, Sitor Situmorang, Pramoedya Ananta Toer, Mochtar Apin, Baharuddin M.S., Henk Ngatung, dan Basuki Resbowa.  Nama Gelanggang diambil daripada nama rubrik kebudayaan majalah <I style="mso-bidi-font-style: normal">SiasatI>.  Rubrik ini dikendalikan oleh Asrul Sani, Chairil Anwar dan Rivai Apin.SASTERAKarya
123456

Kembali ke atas