Prosa ialah bahasa pertuturan dan bahasa tulisan harian. Prosa juga ialah salah satu daripada dua bentuk utama penyataan kesusasteraan. Yang satu lagi ialah puisi. Surat khabar dan majalah ditulis dalam bentuk prosa. Begitu juga dengan biografi, esei, sejarah, novel dan sebahagian besar drama. Kebanyakan prosa tidak mempunyai pola irama yang tetap, tidak seperti kebanyakan puisi. Prosa juga tidak mempunyai ritma, yang merupakan ciri kebanyakan puisi. Walau bagaimanapun, penulis prosa sering menggunakan unsur-unsur puisi seperti aliterasi dan perulangan, sesetengah penulis pula menggubah prosa yang sangat berirama. Dalam kebanyakan hal, pembaca tidak dapat membezakan dengan jelas antara prosa dengan puisi. |