Sadiyyah, Kerajaan diasaskan oleh keluarga Alawiyyah daripada keturunan al-Hasaniyyin di Maghribi. Kejatuhan kedua-dua buah kerajaan al- Mariniyyah dan al-Watasiyyah mengakibatkan berlakunya kekosongan kuasa politik di Maghribi. Rakyat mendapati perlunya dilantik Abi Abdullah Muhammad sebagai pemerintah yang akan menegakkan suruhan Allah di Wilayah al-Sus kerana dia berketurunan Ali ibn Abi Talib. Dia berasal dari Hijaz dan berhijrah ke Maghribi pada abad kesembilan Hijrah bersamaan abad ke-15 M. |