Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sah] | سوسه

Definisi : 1. perasaan tidak puas hati (kerana sukar, sulit, dll), perasaan tidak senang: pekerjaan makan gaji itu memang ~ pd mulanya, tetapi kalau sudah biasa kelak menjadi senang; 2. tidak mudah (mendapat, mencari, dll sesuatu), sukar, sulit: masa itu memang ~ hendak membeli kain baju, kalau adapun harganya mahal-mahal; 3. = ~ hati tidak senang hati, sedih hati, dukacita: jangan ~, nanti ia akan kembali lagi; 4. serba kekurangan, miskin, papa: ~ dan senang kehidupan kaum ke­luarga, tidaklah menjadi penghalang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. kesukaran, kesulitan: adalah suatu ~ kepadaku sebab tidak tahu bahasa Hindustan itu; bersusah 1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dgn susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar mem­beritahu dunia luar bahawa dunia Arab ber­satu dlm hal itu; 2. = ~ hati berasa susah hati, berdukacita: dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi; menyusahi menjadikan (mendatangkan) su­sah, mengganggui: tak usah disusahi aku, bukannya apa-apa, aku cuma pening sahaja sedikit; menyusahkan 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. men­jadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacita­kan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan; mempersusah menjadikan lebih susah: jangan dibiarkan hati tersandung duka, jangan fikiran dipersusah; kesusahan 1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan: separuh drpd ~ yg dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan; 2. menanggung susah, kepayahan: janganlah kamu biarkan pd masa ia dlm ~ atau keuzuran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sah] | سوسه

Definisi : 1 rasa tidak puas hati kerana mengalami kesulitan dll; rasa tidak senang: Jika anakanda ~ tinggal di bandar, pulanglah ke kampung. ~ hati tidak senang hati; sedih; dukacita. 2 tidak mudah melakukannya (mendapatkan­nya; men­­carinya dll); sukar; sulit: Latihan yg dijalani itu amat ~ dan berat. ~ payah berbagai-bagai kesulitan atau kesukaran. 3 serba kekurangan; mis­kin; papa: Kita hendaklah menolong orang-orang yg ~. bersusah melakukan sesuatu dgn susah payah; berpenat lelah mengerjakan sesuatu: Tak usahlah kamu ~ menolong kami. ~ hati berasa susah hati; berdukacita. menyusahkan 1 menyebabkan menjadi susah; me­nyukarkan; menyulitkan: Aku lebih suka hidup sendiri kerana aku tidak mahu ~ kedua-dua ibu bapaku lagi. 2 menyebabkan berasa susah hati; mendukacitakan; menyedihkan: Jika ada sesuatu yg ~ adinda, ceritakanlah kpd kakanda. kesusahan 1 keadaan susah; sesuatu yg susah; kesukaran; kesulitan: Sesiapa yg mengembara ke sana akan mengalami berbagai-bagai ~ dan bahaya. 2 menanggung atau menderita susah: Dlm musim kemarau yg berpanjangan, ramai yg ~ dlm mengharung hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Puisi
 

Tetaklah nipah bersusun nipah,
     Buluh muda pancung sekali;
Duduklah susah berdiri susah,
     Badanku muda langsung sekali.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Hendaklah seperti tembikar,
     pecah satu pecah semuanya.

Bermaksud :

Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DARWISY, AL-

Darwisy, al- ialah perkataan yang berasal

daripada bahasa Parsi yang bermaksud peminta

sedekah atau pengemis. Bagi orang sufi, perkataan

ini bermaksud orang yang zuhud. Orang yang

bergelar al-Darwisy ini hidup susah dari segi

makan, minum atau pakaiannya.

UMUM 
MENGUAP

Menguap ialah perbuatan membuka mulut

dengan luas, atau menganga untuk mengambil

udara. Menguap biasanya disebabkan oleh

mengantuk, letih, atau bosan. Menguap adalah

satu tanda bahawa tubuh kita memerlukan tidur.

Tindakan ini ialah satu gerak refleks luar kawalan.

Apabila tindakan ini telah dimulakan, susah untuk

memberhentikannya. Mulut boleh ditutup tetapi

otot-otot yang berkaitan masih lagi mengecut.

UMUM 
MOTIVASI

Motivasi lazimnya merujuk kepada apa sahaja

yang menyebabkan seseorang itu bertindak atau

berperilaku sebagaimana yang dilakukan pada

sesuatu masa. Ramai orang mempunyai perasaan

yang jelas terhadap bagaimanakah rasanya jika

mereka dimotivasikan untuk melakukan sesuatu.

Namun, ahli sains mendapati bahawa adalah amat

susah hendak mendefinisikan motivasi. Apabila

mengkaji motivasi, ramai di antara ahli psikologi

dan ahli sains perilaku memfokus kepada dua

aspek khusus perilaku yang dimotivasikan – iaitu

pembangkitan perilaku dan arah tujuan perilaku

itu.

UMUM 
STRIKNINA

Striknina ialah ubat yang pahit dan beracun,

diperoleh daripada biji tumbuhan seperti pokok

nux vomica yang terdapat di India dan Indonesia.

Striknina terdapat dalam bentuk kristal tanpa

warna. Pengambilan striknina dalam dos yang

banyak boleh menyebabkan kes keracunan yang

teruk, mengakibatkan seseorang itu menggeletar

dan boleh mengancam nyawa. Sesetengah orang

mendapat keracunan dengan tidak sengaja apabila

mereka mengambil dadah yang mengandungi

striknina. Tanda-tanda yang biasa ialah menyentak,

susah menelan, dan opistotonos (badan tiba-tiba

melentik ke belakang).

UMUM 

Kembali ke atas