SUTERA | Sutera ialah gentian yang kuat dan berkilat (bahan seperti benang) yang digunakan untuk membuat kain. Sutera mempunyai kecantikan semula jadi yang tidak dimiliki oleh kain jenis lain. Oleh sebab itulah kain sutera sering kali disebut sebagai raja segala gentian. Serat sutera dihasilkan daripada kokun ulat yang dikenali sebagai ulat sutera. Banyak haiwan lain, termasuk labah-labah dan lacewing menghasilkan benang sutera. Tetapi sutera yang dihasilkan itu tidak dapat dibuat kain secara ekonomi. | UMUM | |
CETAK SARING SUTERA | | UMUM | |
SERGE | Serge ialah sejenis kain yang biasanya diperbuat daripada bulu bebiri, rayon, kapas, atau sutera. Ia mempunyai tenun twil, yang kelihatan sebagai rib serong atau rib miring pada permukaan kain. Serge worsted digunakan untuk membuat pakaian, sut, kot, dan kep. Serge sutera banyak digunakan untuk lapik. | UMUM | |
BURUNG WAXWING | Burung waxwing ialah sejenis burung yang berbulu halus seperti sutera, berwarna perang kekelabuan, bersaiz lebih besar daripada burung pipit, dan mempunyai satu jambul yang jelas dapat dilihat di atas kepalanya. | UMUM | |
KASA | Kasa ialah kain yang nipis, terbuka yang dibuat daripada kapas, sutera, rayon, atau serat sintetik. Kasa (Gauze) mungkin mendapat namanya daripada bandar purba, Gaza, di Palestin, tempat jenis kain ini pertama kali dibuat. | UMUM | |
TAFETA | Tafeta adalah sejenis kain licin dan agak keras yang diperbuat daripada rayon, nilon atau sutera. Nama tafeta berasal daripada perkataan Parsi iaitu taftah yang bermakna dipintal atau ditenun . Tafeta mempunyai tenunan yang ringkas dan rapat. Ia dijual dalam bidang yang lebar untuk dibuat pakaian, cadar dan langsir, dan bidang yang kecil untuk membuat reben. | UMUM | |
TARBUS | Tarbus ialah topi merah yang tinggi tanpa tepi dengan rambu-rambu berwarna-warni daripada sutera atau wul. Tarbus dipakai di Mesir dan di Afrika Utara. Dahulunya, semua tarbus diwarnakan dengan pewarna yang dibuat daripada jus beri merah yang hanya terdapat di Maghribi. Kini, warna ini dapat dihasilkan daripada bahan pewarna kimia. Tarbus mula-mula dibuat di Fez, Maghribi. | UMUM | |
KAMBING KASHMIR | Kambing Kashmir ialah kambing berbulu panjang, yang terkenal dengan bulunya yang halus bak sutera. | UMUM | |
RENDA | Renda ialah fabrik hiasan yang terdiri daripada corak benang berupa kain net yang terbuka. Renda yang paling halus diperbuat daripada benang linen, tetapi kapas, sutera, bulu bebiri, serat buatan, malah benang emas dan perak juga turut digunakan. Reka bentuk pada kebanyakan jenis renda, terdiri daripada corak bunga atau daun. Reka bentuk yang lain mempunyai corak haiwan, bentuk manusia dan benda-benda seperti tiang dan skrol. Kebanyakan renda digunakan untuk menghias pakaian dan untuk membuat barang-barang perhiasan untuk rumah dan gereja. | UMUM | |
SAPU TANGAN | Sapu tangan ialah sehelai kain kecil yang kita bawa untuk mengesat muka, hidung atau mata. Ia biasanya dibuat daripada kapas atau linen, tetapi ia mungkin juga dibuat daripada renda atau sutera. Orang Yunani dan Rom purba menggunakan sapu tangan pertama yang kita ketahui hari ini. Pada Zaman Pertengahan (dari tahun 400-an hingga 1500 M.), sapu tangan menjadi hiasan. Di Perancis pada tahun 1000- an, orang lelaki dan wanita memakai sapu tangan yang tergantung pada tali pinggang. | UMUM | |