Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : the youths spent the afternoon ~ning around the streets, eyeing the pretty girls, pemuda-pemuda itu memenuhi waktu tengah hari dgn merayau-rayau di jalan-jalan, memperhatikan gadis-gadis cantik itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : she spent her vacation ~ning around Europe visiting old friends, dia menghabiskan percutiannya mengembara sekitar Eropah sambil melawat kawan-kawan lamanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi usu ~ /around, about/, (colloq) move about, travel leisurely, mengembara sekitar; (in an irresponsible manner) merayau-rayau: (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n swan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata swan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SWAN

Swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan

itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan

mempunyai paruh leper; leher panjang; bulu

pelepah kalis air; kepak panjang dan tirus; ekor dan

kaki pendek; dan kaki renang. Tetapi kebanyakan

swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih

panjang lagi daripada itik dan angsa.

UMUM 
ANGSA

Angsa ialah sejenis burung air yang berkait rapat

dengan itik dan swan. Seperti itik dan swan, angsa

mempunyai paruh yang pipih; leher yang panjang;

bulu tak telap air; sayap yang panjang, runcing;

ekor yang pendek; kaki yang pendek dan

merupakan kaki renang. Tetapi angsa lebih besar

daripada itik dan lebih kecil daripada swan, dan

angsa mengeluarkan bunyi ang bukannya

menguek atau bersiul. Angsa jantan dikenali

sebagai “ganders” dalam bahasa Inggeris.

UMUM 
LEAVITT, HENRIETTA SWAN UMUM 
SWAN, SIR JOSEPH WILSON

Swan, Sir Joseph Wilson (1828–1914) ialah

ahli kimia, jurutera elektrik dan pereka Inggeris

yang terkemuka. Pada tahun 1860, dia mencipta

lampu elektrik yang menggunakan filamen karbon

dalam mentol kaca kosong. Pada tahun 1883, dia

mempatenkan lampu yang menggunakan filamen

yang bertambah baik yang dibuat daripada

selulosa.

UMUM 
DENEB

Deneb ialah bintang yang paling terang dalam

buruj Cygnus, atau Swan. Deneb juga dikenali

sebagai Alpha Cygni. Ia ialah bintang yang paling

terang yang boleh dilihat dengan mata kasar dan

mempunyai magnitud 1.26 (lihat Magnitud). Deneb

ialah 60 000 kali ganda seterang matahari, tetapi

ia kelihatan malap kerana jauhnya lebih kurang

1600 tahun cahaya (lihat Tahun cahaya). Deneb

kelihatan berwarna putih kebiru-biruan disebabkan

oleh suhu permukaan yang sangat tinggi,

sekurang-kurangnya 10 000°C. Ahli astronomi

mengelaskan bintang ini sebagai superraksasa

biru. Diameter Deneb ialah lebih kurang 70 kali

ganda diameter matahari.

UMUM 
PAIN ROTTNEST

Pain Rottnest kadangkala dikenali sebagai Pain

Sungai Swan, adalah antara beberapa pain asli di

Australia.

UMUM 
NUREYEV, RUDOLF

Nureyev, Rudolf (1938–1993) ialah salah

seorang penari balet teragung pada tahun 1900-

an. Dia menjadi masyhur kerana personaliti

persembahannya yang menarik dan teknik tarian

yang bertenaga dan penuh perasaan. Nureyev

menari lebih daripada 100 peranan. Pada tahun

1962, dia mula menari berpasangan dengan

balerina Inggeris yang masyhur, iaitu Dame

Margot Fonteyn. Mereka mengadakan

persembahan bersama-sama dalam balet seperti

Giselle, Swan Lake, dan Les Sylphides . Sebagai

koreografer (penggubah tarian), Nureyev

mencipta versi baru beberapa balet, termasuk

Don Quixote, The Nutcracker, dan Raymonda.

UMUM 
MOLNÁR, FERENC

Molnár, Ferenc (1878–1952) ialah penulis drama

Hungary yang terkenal pada zamannya. Dia menulis

drama komedi romantik dengan dialog yang lucu.

Dalam The Guardsman (1910), seorang suami yang

cemburu, berpura-pura menjadi musuhnya sendiri.

The Glass Slipper (1924) mempersembahkan drama

komedi berdasarkan kisah Cinderella. Liliom (1909)

sebuah drama yang lebih serius mengenai taman

hiburan, kemudiannya yang menjadi asas kepada

drama muzikal Rodger dan Hammerstein, Carousel

(1945). Antara drama komedi Molnár yang lain,

termasuklah The Devil (1907), The Swan (1920), dan

The Play’s the Thing (1926).

UMUM 

Kembali ke atas