PERBADANAN KEWANGAN ANTARABANGSA | Perbadanan Kewangan Antarabangsa – International Finance Corporation (IFC) ialah badan pelaburan yang dimiliki dan dibiayai oleh kira-kira 125 buah negara. IFC menggalakkan pertumbuhan perusahaan swasta yang produktif di kalangan negara anggota yang kurang membangun. Ia melabur dalam perusahaan swasta di negara tersebut tanpa jaminan daripada pihak kerajaan. Pelaburannya membentuk sebahagian daripada jumlah pelaburan lebih besar yang disediakan oleh pelabur usahawan swasta tempatan dan pelabur asing. IFC juga melabur dalam projek yang dibiayai bersama oleh kerajaan dan pelabur swasta. | UMUM | |
PERAKAUNAN | Perakaunan ialah penyediaan dan analisis rekod kewangan bagi syarikat swasta, kerajaan atau organisasi lain. Perakaunan membolehkan tafsiran maklumat kewangan dan hasilnya digunakan untuk perancangan masa depan. Contohnya, data-datanya dapat menunjukkan kepada eksekutif, produk atau jabatan yang berprestasi baik atau tidak baik. | UMUM | |
HADIAH SASTERA DI MALAYSIA | Hadiah Sastera di Malaysia ialah hadiah yang diberikan oleh kerajaan atau pihak swasta kepada para penulis di malaysia dalam menghasilkan karya-karya sastera yang baik | UMUM | |
DULWICH | Dulwich ialah petempatan di Southwark, di selatan London, England. Dulwich College merupakan sebuah sekolah swasta utama yang ditubuhkan oleh Edward Alleyn, pelakon pada tahun 1619. | UMUM | |
MANDAMUS | Mandamus ialah suatu perintah mahkamah yang menghendaki seseorang, mahkamah rendah, pegawai kerajaan atau pegawai swasta melakukan kerja-kerja awam. | UMUM | |
SUBSIDI | Subsidi ialah bayaran wang atau bentuk bantuan lain daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri, industri, syarikat swasta, atau individu. Terdapat pelbagai sebab bantuan ini diberi. Kerajaan ingin menggalakkan aktiviti atau industri supaya berkembang maju, menurunkan harga barangan, atau merangsangkan eksport. | UMUM | |
PITA MERAH | Pita merah ialah istilah kurang baik yang digunakan untuk menerangkan ketidakcekapan sesuatu birokrasi yang besar sama ada, awam atau swasta. Istilah ini berasal dari England pada tahun 1700-an. | UMUM | |
AUDIT | Audit ialah pemeriksaan dan penyemakan akaun kewangan oleh juruaudit profesional (akauntan) yang tidak terlibat dalam penyediaannya. Akaun ini boleh jadi akaun organisasi awam, swasta, atau organisasi bukan mencari keuntungan. Tujuan audit adalah untuk memastikan akaun organisasi memberi gambaran yang sebenar dan tepat tentang aktiviti perniagaan. Audit adalah bahagian yang penting dalam perakaunan . | UMUM | |
ARKIB | Arkib ialah koleksi maklumat sejarah. Saiz arkib berbeza-beza daripada arkib negara yang besar sehingga kepada koleksi fail di sekolah dan kolej atau di premis syarikat swasta. Banyak organisasi kerajaan mempunyai arkib. Contohnya, di England dan Ireland, arkib dikenali sebagai pejabat rekod kaunti . Pejabat ini merekodkan topik seperti perbicaraan mahkamah tempatan; mesyuarat badan-badan kerajaan tempatan; pembangunan jalan raya, jambatan dan landasan kereta api; pasar tempatan dan perincian mengenai keluarga tempatan. | UMUM | |
SYARIKAT HINDIA TIMUR | Syarikat Hindia Timur ialah nama bagi beberapa buah syarikat Eropah yang mengawal perdagangan dengan India dan Timur Jauh pada tahun 1600-an. Syarikat Hindia Timur merupakan syarikat swasta yang diberi piagam oleh kerajaan Britain (kini dikenali United Kingdom), Belanda, Denmark, dan Perancis. | UMUM | |