Perang Uhud berlaku pada bulan Syaaban, tahun ketiga Hijrah /625 M. antara orang Islam dengan kaum musyrikin Makkah. Antara punca berlaku peperangan ini ialah kaum Quraisy mahu membalas dendam selepas kekalahan mereka di dalam Perang Badar. Dengan demikian, kaum Quraisy seramai lebih kurang 3000 orang keluar menuju ke Madinah. Rasullulah s.a.w. segera bermesyuarat dengan para sahabat sama ada mereka perlu keluar dari Madinah atau bertahan di dalam kota. Pendapat majoriti mahu kaum muslimin menghadapi pihak Quraisy di luar kota Madinah. Orang Islam menuju ke Bukit Uhud dengan tentera seramai 1000 orang. Tetapi semasa di pertengahan jalan, ‘Abdullah ibn ‘Ubay ibn Sulul berjaya melemahkan semangat 300 orang tentera Islam. Mereka kembali semula ke Madinah. |