Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syah dan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN HUSIN SYAHSULTAN HUSIN SYAH (  ?  -1835), Sultan Johor-Singapura (1819-1835) dan putera sulung Sultan Mahmud Syah Johor. Nama sebenar baginda ialah Tengku Long Husin. Pada tahun 1803, baginda berkahwin dengan Raja Bulang, anak Engku Muda Muhammad. Ketika ayahandanya Sultan Mahmud Syah mangkat di Lingga pada tahun 1812, Tengku Long Husin berada di Pahang kerana berkahwin dengan Wan Esah, adik Bendahara Wan Ali. Dengan desakan Yamtuan Muda Raja Jaafar, adinda Tengku Long Husin, Tengku Abdul Rahman, dilantik sebagai pengganti. Pelantikan ini tidak disetujui oleh Raja Hamidah (Engku Puteri), balu Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Wan Ali. Namun pertempuran tidak berlaku antara kedua-dua pihak.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN MUZAFFAR SYAH IIISULTAN MUZAFFAR SYAH III ( ? -1752), Sultan Perak yang ke-13 (1728-1732). Nama sebenar baginda ialah Raja Inu.  Baginda adalah putera Yang Dipertuan Muda Mansyur Syah dan anak saudara Sultan Mahmud Syah (1654-1720).  Sultan Mahmud Syah tidak mempunyai anak dan baginda telah mengambil tiga orang anak saudara lelakinya, iaitu Raja Radin, Raja Inu dan Raja Bisnu, sebagai putera baginda. Raja Inu mendapat gelaran Raja Kecil Besar dan bertindak sebagai pemangku raja.  Baginda juga dijadikan Raja Bernam dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM

ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM (1591-1636), Sultan Aceh. Dia lahir pada bulan Januari 1591. Semasa kecil dia bernama Darma Wangsa atau nama timang-timangannya, Tun Pangkat. Dia ialah anak sulung Mansur Syah dan Puteri Diraja Ratna Wangsa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN IDRIS ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALLALLAHI SYAH IIKapsyen          :           Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Allallahi Syah II

 

SULTAN IDRIS ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALLALLAHI SYAH II (1924-1984), Sultan Perak yang ke-33 (1963-1984). Baginda diputerakan pada 12 Ogos 1924 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Baginda ialah putera kedua Sultan Iskandar Syah dan  Raja Teh Umi Kalsum binti Raja Muhammad Iskandar. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Chandan pada tahun 1931. Setahun kemudian, baginda ditukarkan ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TENGKU YAHYA

TENGKU YAHYA (1760 – 1791), Sultan Siak terakhir daripada keturunan Raja Kecil. Baginda adalah putera kepada Raja Ismail, Sultan Siak. Tengku Yahya juga dikenal sebagai Tengku Sulong, Sultan Ahmad Syah, Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah dan Marhum mangkat di Dungun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA, peraturan-peraturan yang dibuat berhubung dengan pelabuhan, pelayaran dan perkapalan di negeri Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).  Ia dibuat bagi menyeragamkan undang-undang laut yang ada pada masa itu.  Perisytiharan Undang-Undang Laut Melaka dibuat sendiri oleh Sultan Mahmud Syah dan ia terpakai kepada semua nakhoda dan isi kapalnya yang datang ke Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SULTAN ABU SHAHID

SULTAN ABU SHAHID ( ? - 1446), Sultan Melaka yang keempat (1444 – 1446).  Nama sebenar baginda ialah Raja Ibrahim.  Mengikut sumber Portugis dan China, nama baginda disebut juga sebagai Parameswara Dewa Syah.  Baginda adalah putera Sultan Muhammad Syah dan bondanya puteri Raja Rokan, Sumatera.  Ayahanda baginda juga mempunyai seorang lagi isteri bernama Tun Wati binti Mani Purindan, adik kepada Tun Ali yang kemudiannya memegang gelaran Seri Nara Diraja.  Perkahwinan ayahanda baginda dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim (Sultan Muzaffar Syah).  Ini bererti Raja Ibrahim dan Raja Kassim bersaudara tiri.  Walaupun dikatakan berpangkat adik dengan Raja Kassim, tetapi akibat pengaruh bondanya yang pada ketika itu menjadi Raja Perempuan Melaka dan baginda anak gahara, maka Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Melaka setelah kemangkatan Sultan Muhammad Syah.  Baginda memakai gelaran Sultan Abu Shahid.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN MUHAMMAD SYAHSULTAN MUHAMMAD SYAH ( ? -1475), Sultan Pahang yang pertama dari Melaka.  Baginda ialah putera kepada Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka dan Puteri Wanang Sari atau Puteri Lela Wangsa.  Baginda menjadi Sultan Pahang disebabkan peristiwa baginda membunuh Tun Besar, anak Tun Perak.  Sultan Mansur Syah sendiri telah memarahi dan sesal dengan perbuatan Raja Muhammad. Atas titah Sultan Mansur Syah, Raja Muhammad telah dihantar dan dirajakan di Pahang dengan membawa gelaran Sultan Muhammad Syah.  Sultan Muhammad Syah adalah Sultan Pahang yang pertama daripada keturunan Sultan Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN MUZAFFAR SYAH I

Sultan Muzaffar Syah I ( ?–1179) ialah Sultan

Kedah yang pertama (1136–1179). Nama baginda

sebelum memeluk agama Islam ialah Maharaja

Derbar Raja atau Raja Phra Ong Mahawangsa. Pusat

pentadbiran Kedah terletak di Bukit Meriam, Kuala

Muda dan nama Kedah pula pada masa itu ialah

Qalha. Sultan Muzaffar Syah I terkenal kerana usaha-usaha

baginda mengembangkan agama Islam di

Kedah.

UMUM 
SULTAN MAHMUD SYAH IIISULTAN MAHMUD SYAH III ( ? – 1812), Sultan Johor (1761-1812). Baginda adalah putera Sultan Abdul Jalil Muazam Syah.  Baginda menduduki takhta kerajaan Johor menggantikan kekandanya, Sultan Ahmad Syah, yang mangkat pada tahun 1761.  Oleh sebab baginda masih kanak-kanak, pemerintahan diterajui oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja.  Pada tahun 1777, Daeng Kemboja meninggal dunia.  Jawatan Yamtuan Muda digantikan oleh Raja Haji.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12345678910...

Kembali ke atas