SYAIR BIDASARI | SYAIR BIDASARI, puisi Melayu tradisional. Syair ini tergolong sebagai syair romantik. Syair ini berbentuk cerita dan memperlihatkan ciri yang hampir sama dengan cerita lipur lara. Penjalinan unsur-unsur Hindu dan Islam meletakkan syair ini sebagai hasil sastera zaman peralihan. | SASTERA | Konsep |
AYYAM AL-‘ARAB | Ayyam al-‘Arab ialah peristiwa, serangan dan pertempuran yang berlaku di kalangan orang Arab pada zaman Jahiliah. Peristiwa-peristiwa ini disampaikan oleh para pencerita Arab dan diselangi pula dengan syair-syair. Pertempuran pada hari-hari ini berlaku di antara sesama kabilah Arab dan sedikit sahaja berlaku antara orang Arab dengan Parsi. Kebanyakan pertempuran berlaku antara orang Arab ‘Adnan (Arab utara) disebabkan kekurangan sumber kekayaan di padang pasir. Kadang-kadang mereka berasa ditekan oleh orang Arab Qahtan (Arab selatan), lalu mereka menentang Arab Qahtan dalam beberapa siri peperangan yang direkodkan dalam Ayyam al- ‘Arab . | UMUM | |
SYAIR KUPU-KUPU | SYAIR KUPU-KUPU, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Ada beberapa buah syair yang diberi judul Syair Kupu-kupu. Syair Kupu-kupu (Schoemann V 40) yang tersimpan di perpustakaan di Berlin mengisahkan cinta kupu-kupu pada biring-biring/berang-berang. Setelah gagal beberapa kali, akhirnya dia berhasil mendapat kekasihnya. Isi syair ini sama dengan Syair Berang-Berang (MS Malay 2 (R) ) yang disimpan di Bodleain Library, Oxford. | SASTERA | Konsep |
SYAIR AWANG SEMAUN | SYAIR AWANG SEMAUN, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah sebuah syair sejarah yang menceritakan permulaan sejarah Brunei dan asal usul rajanya. Syair ini hanya terdapat di Brunei. Dalam koleksi manuskrip Melayu yang tersimpan di Muzium Brunei tersimpan empat jilid syair ini bertaip dalam tulisan Rumi. Terdapat sembilan syair ini dalam koleksi Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei yang terdiri daripada beberapa versi yang lengkap dan tidak lengkap. Ada beberapa di antaranya yang merupakan versi otentik dalam tulisan Jawi, sementara yang lain adalah salinan dalam tulisan Rumi. | SASTERA | Konsep |
SYAIR CENDAWAN PUTIH | SYAIR CENDAWAN PUTIH, sastera hikayat dalam bentuk syair. Syair ini tergolong dalam genre sastera saduran yang mempunyai pengaruh cerita Panji, epik Ramayana dan cerita saduran Arab-Parsi. Syair Cendawan Putih telah diterbitkan oleh tiga penerbit dalam bentuk tulisan Jawi dengan cap batu iaitu percetakan al-Aminat al-Thabaat, percetakan Sulaiman Mar’i, Singapura, dan percetakan Mutaba’ Mohamad’y, Bombay. | SASTERA | Konsep |
SYAIR YATIM NESTAPA | SYAIR YATIM NESTAPA, puisi Melayu tradisional. Terdapat tiga naskhah syair ini iaitu satu di Jakarta dan dua di Leiden. Naskhah di Jakarta (v.d. W. 253) sudah diterbitkan oleh Klinkert dalam Drive Maliesche Gedichten (Tiga Syair-syair Melayu) dari halaman 153 hingga 269 pada tahun 1886. Naskhah ini juga pernah dicap batu, antaranya oleh Matba’ Muhammadi yang dimiliki oleh Ali Bahai dan Sulaiman Marie di Singapura. Syair ini juga pernah menjadi tesis latihan ilmiah Mohd. Hashim Taib d Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1966. | SASTERA | Konsep |
SYAIR | Sejenis puisi yang terikat. | SASTERA | Karya |
SYAIR SELINDUNG DELIMA | SYAIR SELINDUNG DELIMA, puisi Melayu tradisional. Syair ini adalah sebuah syair romantis atau hikayat. Syair Selindung Delima juga dikenal dengan nama Syair Seri Bunian atau Syair Indera Laksana. Syair ini juga terdapat dalam bentuk prosa dengan judul Hikayat Selindung Delima. Salah satu naskhah syair ini tersimpan di Jakarta (Bat. Gen. 34) dan disalin di Bukittinggi pada tahun 1850 yang dipenuhi dengan perkataan Minangkabau. Naskhah ini juga pernah dicap batu di Singapura. | SASTERA | Konsep |
SYAIR KEN TAMBUHAN | SYAIR KEN TAMBUHAN, syair panji. Syair ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda pada tahun 1838. Syair ini diterbitkan oleh J.J. De Hollander (1956), H.C. Klinkert (1966) dan A. Teeuw (1968). Menurut R.O. Winstedt, Syair Ken Tambuhan dikarang pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, iaitu abad ke-15. Menurut A. Teeuw pula, syair ini sebagai genre sastera baharu dicipta pada tahun 1600 oleh Hamzah Fansuri. Naskhah syair ini cukup banyak dan dapat dibahagi kepada versi pendek dan versi panjang. | SASTERA | Konsep |
SYAIR PERANG MENGKASAR | SYAIR PERANG MENGKASAR , puisi Melayu tradisional. Syair ini juga disebut Syair Sipelman. Syair ini dihasilkan antara bulan Jun 1669 hingga bulan Jun 1670. Syair Perang Mengkasar menceritakan peperangan yang berlaku antara orang Makassar dengan orang Belanda antara tahun 1668 hingga tahun 1669. Syair ini mungkin ialah syair sejarah yang pertama. Penulisnya ialah Encik Amin, seorang peranakan Melayu Makassar yang pernah menjadi jurutulis Sultan Goa. Syair ini juga pernah dijadikan bahan disertasi oleh C. Skinner. | SASTERA | Konsep |