Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya/]/[syak] | شک

Definisi : rasa kurang percaya (kurang yakin), curiga, sangsi, waswas, dsb; menaruh ~ tidak mempercayai, mencurigai; tidak ~ lagi yakin benar, tentu; ~ hati kurang percaya, curiga; ~ sangka = ~ wasangka rasa tidak percaya, sangsi; ~ walang susah hati, khuatir; ~ fasik, yakin soleh, batu jadi juadah prb jangan banyak sangka, bekerja dgn yakin kerana dgn keyakinan sahaja maksud akan tercapai; mengesyaki 1. menaruh syak pd, berasa sangsi pd, mencurigai: ia mula ~ Marina; Hilmi ~ sesuatu yg buruk sedang berlaku; 2. menyangka, menduga: Kamal disyaki lari mengikut Komunis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya/]/[syak] | شک

Definisi : perasaan kurang percaya; waswas; curiga: tidak ~ lagi yakin benar; percaya benar. mengesyaki 1 menaruh syak terhadap; berasa sangsi ttg: Jangan saudara mudah ~ sesuatu. 2 menyangka; menduga: Saya tidak ~ kamu yg melakukannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syak
Rujuk :curiga

Peribahasa

Bagaimana hari takkan hujan,
     katak betung dalam telaga berteriak selalu.

Bermaksud :

Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BERSUNYI-SUNYIAN

BERSUNYI-SUNYIAN, perbuatan berdua-duaan lelaki Islam dengan perempuan Islam yang bukan muhrimnya.  Ini termasuklah perbuatan bersekediaman atau bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi dalan keadaan yang mendatangkan syak.  Dalam konteks undang-undang Islan di Malaysia, keadaan ini disebut berkhalwat.

BUDAYAKonsep
PERANG KEDAH-SIAM

PERANG KEDAH-SIAM, serangan Siam ke atas Kedah.  Perang ini berlaku pada penghujung tahun 1821 dan berlarutan hingga tahun 1839.  Pihak Siam melancarkan serangan ke atas Kedah kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara tentang hubungan dua hala.  Kedah dikatakan gagal menghantar bunga mas dan perak seperti sewajarnya. Sultan Ahmad Tajuddin yang diminta menghadap raja Siam juga gagal berbuat demikian.  Ini menimbulkan syak pihak Siam terutama adanya berita tentang Sultan Kedah membuat pakatan dengan Burma untuk menentang Siam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa

Kembali ke atas