Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[syal] | شل

Definisi : 1. sj jubah yg tidak berlengan; 2. sj selendang, mafela. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[syal] | شل

Definisi : (Geo) sj batu lembut yg terjadi drpd tanah lumpur dll yg mengendap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAL MINYAK

Syal minyak ialah batu endapan yang lembut

dan berbutir halus. Daripada syal minyak

diperoleh minyak dan gas asli. Syal minyak terdiri

daripada lapisan kelodak berwarna coklat muda

dan lapisan kerogen yang lebih gelap, iaitu bahan

organik berlilin yang berasal daripada tinggalan

alga biru-hijau dan jirim hidup yang lain.

Mendapan batu syal yang banyak terdapat di

selatan Brazil, timur laut China, Estonia, Sweden,

dan Amerika Syarikat.

UMUM 
SYAL

Syal ialah butiran batuan enapan yang terhasil

dari mampatan lumpur. Ia terdiri terutamanya

daripada batu kuarza dan mineral yang ditemui di

dalam tanah liat. Syal boleh pecah dengan mudah

kepada lapisan nipis dan sama rata. Syal digali

kerana kegunaannya untuk membuat batu-bata dan

simen.

Lihat juga Batuan; Batu loh; Syal minyak.

UMUM 
PROJEK MINYAK SYAL RUNDLE

Projek Minyak Syal Rundle merupakan satu

rancangan untuk melombong bagi mendapatkan

minyak syal yang terletak di pantai timur Queensland,

Australia, kira-kira 30 kilometer ke barat laut

Gladstone. Mendapan itu mengandungi kira-kira

5000 juta tan metrik minyak syal. Di sebuah kawasan

kira-kira 15 kilometer persegi, lima telaga minyak syal

telah ditemui pada kedalaman antara 15 hingga 350

meter di bawah permukaan.

UMUM 
GUNUNG TAHAN

GUNUNG TAHAN, Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Kemuncaknya setinggi 2207 m dari paras laut. Gunung Tahan terletak di utara negeri Pahang berhampiran dengan sempadan Kelantan dan merupakan kemuncak Banjaran Gunung Tahan. Banjaran ini terdiri daripada batuan enapan kuartzit konglomerat, batu pasir dan syal yang telah dilipat zaman lampau. Sepanjang banjaran ini mempunyai permukaan yang kasar akibat ketahanan batu kuartzit daripada diluluhawa. Satu lagi ciri yang luar biasa di Banjaran Gunung Tahan ialah liputan tumbuh-tumbuhan yang nipis kerana tanahnya tidak subur. Kesinambungannya banjaran ini terganggu oleh Sungai Rompin. Banjaran ini memanjang ke selatan sebagai bukit-bukit rendah di sepanjang tengah dan timur Johor dan sebagai bukit Mount Faber di Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas