HUKUM SYARAK | HUKUM SYARAK, hukum yang ditetapkan oleh Allah untuk panduan hidup orang Islam bersumberkan al-Qur’an, sunnah, ijmak ulama dan qiyas. | BUDAYA | Konsep |
SOLAT | Solat dari segi bahasa bermaksud doa. Manakala dari segi syarak pula adalah percakapan, perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Ia satu ibadah yang diketahui tentang rukun, sujud, berdiri dan membaca ayat-ayat yang mudah daripada al-Qur’an. | UMUM | |
ZINA | Persetubuhan yang tidak sah atau haram antara lelaki danpermpuan tanpa ikatan nikah yang mengikut syarak. | AGAMA | Konsep |
HARAM | Haram, sesuatu yang ditegah oleh syarak dengan tegahan yang pasti. Seseorang yang melakukan perkara yang diharamkan adalah berdosa dan akan menerima balasan daripada Allah SWT berupa azab di akhirat kelak. | AGAMA | Konsep |
JINAYAH (HUDUD, QISAS, TA'ZIR) | Jinayah, perbuatan jahat yang dikenali juga dengan jarimah yang diharamkan oleh syarak sama ada meliputi nyawa, tubuh badan, harta benda atau sebagainya. | AGAMA | Konsep |
HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN ISLAM | Hukum-hukum perkahwinan Islam, peraturan atau ketentuan menurut hukum syarak sama ada wajib, harus, sunat, makruh atau haram. | AGAMA | Konsep |
MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH | MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH, badan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal agama Islam di Sabah. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) ditubuhkan pada 16 Februari 1971 dengan kelulusan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak No. 15/1971 oleh Dewan Undangan Negeri. Enakmen tersebut kemudiannya diubahsuai, dikemas kini dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada tahun 1977. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BATAL | Batal, sesuatu yang tidak sah dan menyalahi hukum syarak. Dengan erti kata lain, amalan tersebut tidak diterima atau sia-sia dan tidak diberikan pahala. | AGAMA | Konsep |
NUSYUZ | Nusyuz, derhaka atau ingkar. Dalam konteks kekeluargaan Islam, istilah ini merujuk kepada isteri atau suami yang menderhaka atau ingkar terhadap pasangan masing-masing tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak. . | AGAMA | Konsep |
UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA | UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA, peraturan-peraturan yang diaplikasikan kepada penganut agama Islam di negara ini. Peraturan ini berkaitan dengan soal keluarga, ibadah, akhlak, kesalahan terhadap agama dan tatacara kehakiman yang diambil daripada Hukum Syarak dan diubah suai menurut adat Melayu dan keperluan tempatan. | BUDAYA | Konsep |