MAKKAH, PEMBUKAAN | Makkah, Pembukaan. Peristiwa pembukaan Makkah berlaku pada 20 Ramadan tahun 8 H. Sebab berlakunya pembukaan atau penaklukan ini adalah kerana dalam syarat-syarat perjanjian Hudaibiyah sebelum itu telah dinyatakan antara lain: “Sesiapa yang mahu berikat dengan Muhammad dan membuat perjanjian dengannya, maka ia bebas berbuat demikian dan sesiapa yang mahu berikat dengan kaum Quraisy dan membuat perjanjian dengannya, maka ia bebas berbuat demikian”. | UMUM | |
SYIAH IMAM DUA BELAS | Syiah Imam Dua Belas atau dalam bahasa Arabnya disebut al-Imamiyyah al-Ithna ‘Ashariyyah ialah satu kumpulan Syiah yang meyakini bahawa terdapat 12 orang imam yang maksum (bebas dari dosa). Mereka mempunyai syarat-syarat khusus untuk memperoleh pangkat imam tersebut dan mereka juga lebih berhak untuk menjadi pemerintah berbanding orang lain. Pengikut Syiah mengemukakan hadith-hadith, bukti-bukti serta dalil-dalil yang dipenuhi dengan kepalsuan dan pentakwilan selari dengan tuntutan mazhab mereka, seperti yang dikatakan oleh ulama ahli Sunnah. | UMUM | |
PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA | Persatuan Pembangunan Antarabangsa (International Development Association–IDA) ialah organisasi dunia yang menyediakan pinjaman kepada negara sedang membangun untuk projek pembangunan. IDA ditubuhkan pada tahun 1960 untuk membantu negara sedang membangun yang memerlukan bantuan kewangan tetapi tidak mendapat kemudahan pinjaman wang yang mencukupi berasaskan syarat-syarat biasa. | UMUM | |
HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP | HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP, peraduan penulisan cerpen. Peraduan ini khusus kepada penulis Malaysia yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu. Syarat-syarat pertandingan antara lain ialah cerpen yang dikemukakan hendaklah karya asli, cerpen tersebut juga tidak pernah disiarkan baik secara cetakan atau stensilan. Hadiah cerpen ini ditaja oleh Malayan Banking Berhad dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pemberian hadiah ini, sejajar dengan matlamat untuk menarik lebih ramai penulis di kalangan yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu untuk mengungkapkan daya kreatif mereka dalam bahasa Melayu. Di samping itu, untuk meneguhkan pengucapan kesusasteraan tanah air di kalangan penulis bukan Melayu dan mendaulatkan penggunaan bahasa kebangsaan. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU | PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU, usaha mendaulatkan bahasa Melayu. Apabila kita mengambil tindakan secara bersendirian atau berkelompok untuk menjadikan suatu bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi sesebuah negara, atau mengenakan syarat-syarat kepada masyarakat supaya menggunakan suatu bahasa, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan taraf bahasa. Sebaliknya, apabila kita menjalankan usaha untuk membentuk atau menyelaraskan ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, istilah, tatabahasa dan menyusun dan menyelaraskan makna perkataan serta penggunaannya, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan bahan atau korpus bahasa. | BAHASA | Bahasa |
KEKAWIN | KEKAWIN, cerita berirama. Kekawin juga dikenal sebagai kakawin (Jawa-kuno) atau kakawen dan kakawian (Sunda). Kekawin selain disenandungkan, biasa pula ditembangkan oleh dalang sewaktu memainkan wayang golek dan wayang kulit atau jenis wayang lainnya di panggung. Jadi cerita ini bertembang yang juga disebut tembang gede (nyanyian, senandung besar). Tembang gede itu dalam kitab-kitab kuno masih menurut syarat-syarat Hindu, dengan jalan irama yang tetap dan tidak boleh berubah sedikit pun. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN | UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN, peralatan yang dipakai dan dikuatkuasakan bagi orang Islam di Malaysia. Undang-undang perkahwinan dan perceraian yang melibatkan orang Melayu pada peringkat awal hanya diketahui melalui adat istiadat serta kelaziman yang diterima pakai pada masa dan ketika itu. Undang-undang yang terpakai atau yang digunakan secara asasnya ialah undang-undang Islam, memandangkan orang Melayu beragama Islam. Ini merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan syarat-syarat sah perkahwinan seperti agama, umur, wali dan sebagainya. Di samping itu juga ia disulam dengan undang-undang adat seperti adat temenggung dan adat perpatih yang menjadi amalan sesetengah masyarakat pada suatu ketika dahulu, yang juga dikatakan bersumberkan hukum syarak. Selain itu terdapat juga unsur-unsur lain yang diserapkan dalam upacara perkahwinan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH | UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH, peraturan-peraturan yang diaplikasi kepada penduduk peribumi Sabah, yakni mereka yang diberi status ‘anak negeri’. Peraturan ini berasal daripada adat atau amalan penduduk peribumi Sabah yang berkaitan dengan kepercayaan, kekeluargaan, pewarisan, kejiranan, hubungan seksual dan tatacara menimbangkan konflik. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa adat yang dipakai oleh pelbagai suku kaum yang terdapat di Sabah seperti suku kaum Dusun-Kadazan, Murut, Bajau, Melayu, Bugis, Orang Sungai dan lain-lain lagi boleh dikekalkan dan merupakan sebahagian daripada undang-undang negara sekiranya ia menepati syarat-syarat berikut. Pertama, adat tersebut tidak boleh direka tetapi mempunyai sejarah turun-temurun. Kedua, adat tersebut masih dihayati oleh suku kaum berkenaan. Ketiga, adat itu mestilah diamalkan secara berterusan, yakni tidak pernah terputus daripada satu keturunan kepada satu keturunan, dan keempat, adat itu mestilah boleh dikuatkuasakan dalam erti kata bahawa ia jelas dari segi hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah. | BUDAYA | Konsep |
KEUTAMAAN IMPERIAL | Keutamaan imperial ialah istilah syarat perdagangan bermanfaat yang diwujudkan secara rasminya antara United Kingdom (UK) dengan anggota Empayar British di Ottawa, Kanada pada tahun 1932. | UMUM | |
SHELBURNE, EARL OF | Shelburne, Earl of (1737–1805), Bangsawan Inggeris-Ireland, adalah Perdana Menteri Britain pada tahun 1782 dan tahun 1783. Dia memimpin kerajaan yang merundingkan syarat damai pada tahun 1782 untuk menamatkan peperangan antara Britain dengan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, Parlimen telah mengundi menentang syarat damai tersebut, dan Shelburne meletakkan jawatan. Duke of Portland telah membentuk sebuah kerajaan campuran yang menerima perjanjian damai tersebut. William Fitzmaurice lahir di Dublin. Keluarganya telah menukar nama keluarga mereka kepada Petty pada tahun 1751. Dia menuntut di Oxford University dan menyertai tentera. Dia adalah Presiden Lembaga Perdagangan untuk suatu tempoh pada tahun 1763 dan Setiausaha Negara dari tahun 1766 hingga tahun 1768. Dia menjadi Earl of Shelburne pada tahun 1764, dan Marquis of Lansdowne pada tahun 1784. | UMUM | |