Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.rif] | شريف

Definisi : Ar bangsawan atau mulia (sebutan utk keturunan Nabi Muhammad SAW yg langsung drpd Husain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syarif


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TILMISANIY, AL-SYARIF AL-

Tilmisaniy, al-Syarif al- (710–771 H / 1310–

1370 M.), ulama fiqh dan usul fiqh bermazhab

Maliki yang mendalami ilmu-ilmu wahyu dan ilmu

akal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn

Ahmad ibn Ali al-Alwani al-Syarif al-Tilmisani. Dia

dibesarkan di Tilmisan dalam sebuah keluarga

ilmuwan dan ternama. Dia mendapat bimbingan

serta tunjuk ajar ilmu al-Qur’an daripada al-Syeikh

Abu Zaid ibn Ya`qub dan mempelajari ilmu lain

daripada al-Qadhi Abu ‘Abdullah ibn Hadiyah al-

Qursyi, Abdullah al-Mujasi dan al-Qadhi al-Tamimi.

UMUM 
IDRISIY, AL-SYARIF AL UMUM 
SYARIF MASAHOR

SYARIF MASAHOR (1810-   ?  ), penentang penjajahan British di Sarawak.  Dia berasal dari Igan, Sibu, Sarawak.  Pada tahun 1849, Syarif Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai ketua kawasan Sarikei menggantikan Datu Patinggi Abdul Rahman.  Pada masa itu Sarikei dan Igan masih di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei.  Apabila James Brooke mengambil alih pemerintahan kawasan Sarikei daripada Sultan Brunei pada tahun 1853, Syarif Masahor masih kekal sebagai ketua memerintah di kawasan tersebut.  Namun demikian dia menentang dasar James Brooke yang hendak meluaskan kawasan atau wilayah takluknya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYARIF SUKKAR

SYARIF SUKKAR (1919-1991), ahli politik. Beliau lahir pada 17 Februari 1919 di Bandar Kaba, Melaka. Ayahnya Sukkar bin Haji Abdul Rahman ialah pengikut fahaman Kaum Muda. Syarif Sukkar mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu sejak tahun 1926. Pada tahun 1929, beliau melanjutkan pelajarannya di Bandar Hilir English School dan seterusnya di High School, Melaka (1932-1936). Beliau lulus dalam peperiksaan Senior Cambridge.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
CIREBON

CIREBON, pusat pemerintahan, yang pada asalnya adalah sebahagian daripada kerajaan Hindu Pajajaran. Selepas tahun 1552, Kesultanan Islam telah ditubuhkan oleh Falatehan atau Fatahillah, yang juga telah menubuhkan kerajaan Banten. Falatehan, anak kepada Maulana Machdar Ibrahim, dipercayai telah meninggalkan kampungnya di Pasai apabila Pasai ditakluk oleh Portugis. Dia tiba di Sunda selepas menunaikan haji di Makkah. Sesetengah pihak mempercayai bahawa Falatehan dan Sunan Gunung Jati adalah orang yang sama. Purwaka Caruban Nagari membezakan kedua-dua tokoh ini. Teks itu mengaitkan Sunan Gunung Jati adalah anak Syarif Hidayatullah, hasil perkahwinan antara Syarif Abdullah, anak Raja Mesir dengan Rara Santang, seorang puteri Pajajaran, yang menunaikan haji bersama-sama abangnya atas nasihat guru agama mereka, Syeh Datu Kahfi. Selepas menamatkan pengajian agama dan kembali daripada perantauan, Syarif Hidayatullah dikatakan menetap berhampiran Gunung Jati di Cirebon dan menjadi salah seorang daripada wali sembilan.

        

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SUNAN GUNUNG JATISUNAN GUNUNG JATI ( ? - ? ) ulama dan pendakwah Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Syarif Hidayatullah.  Dia adalah salah seorang ahli Walisongo di Jawa yang gigih menjalankan dakwah di Jawa Barat, khususnya di Cirebon pada abad ke-16. Dia lahir di Mesir.  Ibunya bernama Ratu Mas Rarasantang, manakala bapanya Sultan Abdullah dari Mesir.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
IMAM BONJOL, TUANKUIMAM BONJOL, Tuanku (1772-1840), ulama dan pemimpin Gerakan Padri di Minangkabau. Dia lahir di Tanjung Bunga, Lembah Alahan Panjang. Sebelum dikenal dengan nama Tuanku Imam, dia dikenal dengan nama Mohamad Syahab dan dipanggil sebagai Peto Syarif, Malim Besar dan Tuanku Muda. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PUSAT PERKHIDMATAN SUNNAH DAN SIRAH NABI

Pusat Perkhidmatan Sunnah dan Sirah

Nabi ialah pusat yang ditubuhkan untuk

mengumpul dan menjaga manuskrip, buku-buku

yang telah dicetak, dokumen dan maklumat yang

berkaitan dengan sunnah dan sirah Rasulullah

s.a.w. untuk memberi kemudahan kepada para

pengkaji. Pusat yang terletak di Madinah al-

Munawwarah di Arab Saudi ini ditubuhkan pada

tahun 1406 H./1986 M., di Universiti Islam Madinah

dengan kerjasama Pusat Percetakan al-Qur’an ( al-

Mushaf al-Syarif) al-Malik Fahd.

UMUM 
KESATUAN AKSI MAHASISWA INDONESIAKESATUAN AKSI MAHASISWA INDONESIA, gabungan persatuan mahasiswa di Indonesia yang menentang Gerakan 30 September 1965 (Gestapu). Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia atau ringkasnya KAMI, dirasmikan pada 25 Oktober 1965 di rumah Menteri Pen­didikan Tinggi waktu itu, Brig. Jen. Dr. Syarif Thayeb. Antara pemimpin yang terlibat termasuklah Cosmas Batubara, David Napitupulu, Abdul Gafur, Marsilam Siman­juntak dan Liem Bian Koen. Anggota KAMI terdiri daripada Himpunan Mahasiswa Islam, Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia, Serikat Organisasi Mahasiswa Lokal, Perhimpunan Mahasiswa Katholik Republik Indonesia, Gerakan Mahasiswa Kristen Indonesia, Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah, Serikat Mahasiswa Muslimin Indonesia dan lain-lain.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MAHDIY, MUHAMMAD AHMAD AL-

Mahdiy, Muhammad Ahmad al- (1260 H.–

1302 H./1844 M.–1885 M.), tokoh politik dan

pemimpin agama di Sudan. Nama sebenarnya ialah

Muhammad Ahmad ibn al-Sayyid ‘Abdullah yang

juga digelar al-Mahdiy. Dia lahir di Pulau Labab di

wilayah Danqala, di utara Sudan. Bapanya bekerja

dalam industri pembuatan kapal layar di Sungai

Nil, dan berasal daripada keluarga bangsawan. Dia

mempelajari al-Qur’an di Khartoum sambil berguru

kepada Syeikh Muhammad al-Khayr dalam bidang

fiqah. Dia cenderung kepada bidang tasawuf. Oleh

sebab itu, dia berguru dengan Syeikh Muhammad

Sharif Nur al-Da’im, guru tarekat sufi al-Samaniyyah

pada tahun 1273 H./1861 M. sehingga bertaraf

syeikh (imam/guru). Dia kemudiannya pergi ke

Pulau Aba lantas membina sebuah masjid untuk

tujuan ibadat dan pengajian. Dakwahnya mendapat

sambutan ramai di wilayah Jazirah yang terletak di

tengah Sudan. Sepanjang tahun 1295 H./1876 M.,

al-Mahdiy dan gurunya, Muhammad Syarif sentiasa

berselisih pendapat hinggakan mereka berpisah.

Selepas itu, dia bergabung dengan Syeikh al-

Qurshiy, salah seorang guru tarekat Samaniyyah

sehingga Syeikh al-Qurshiy meninggal dunia. Dia

diamanahkan untuk menggantikan tempat Syeikh

al-Qurshiy dan menjadi guru tarekat Samaniyyah.

Semasa berada dalam tarekat ini, dia berkenalan

dengan ‘Abdullah al-Ta‘ayushiy.

UMUM 

Kembali ke atas