Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : get /so., st/ out of o’s ~, melupakan /sso, sst/: try to get him out of your ~ and start a new life, cuba lupakan dia dan mulakan hidup baru. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. (colloq) rules, forces governing society or organization, [various translations]: to get rich quickly, you’ll have to find ways to beat the ~, utk cepat kaya, kamu mesti mencari jalan supaya dapat mengatasi peraturan; the social ~ is such that a woman will never be able to realise her full potential, sistem sosial yg sebegitu menyebabkan wanita tdk dapat merealisasikan potensi mereka; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. orderliness, sistem: there has to be some ~ in your work, perlu ada sistem dlm kerja kamu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. person’s body, badan: once the poison enters the ~, death is inevitable, sebaik saja racun masuk ke dlm badan, kematian tdk dapat dielakkan; /good, bad/ for the ~, /elok, tdk elok/ utk kesihatan: rich foods are bad for the ~, makanan lebih lemak tdk elok utk kesihatan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. way of organizing st according to certain theories, principles, etc, sistem: a political ~ that differs from ours in many respects, sistem politik yg berbeza drpd sistem politik kita dlm beberapa banyak hal; the metric ~, sistem metrik; an economic ~ based on private enterprise, sistem ekonomi yg berdasarkan perusahaan swasta; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. group of related parts working together as a whole, sistem: the river ~ of Europe, sistem sungai Eropah; blood is circulated through the body by a complex ~ of veins and arteries, darah mengalir dlm badan melalui sistem urat dan arteri yg kompleks; the digestive ~, sistem pencernaan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata system


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THE MALAY SOUND SYSTEM

THE MALAY SOUND SYSTEM, buku yang menghuraikan sisitem bunyi bahasa Melayu. Buku setebal 132 halaman ini ditulis oleh Yunus Maris dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. pada tahun 1980. buku ini digunakan untuk mengajar sistem sebutan bahasa Melayu di Maktab Bahasa, Kuala Lumpur. Buku ini diperlengkapkan dengan latihan untuk mengajar sebutan bahasa Melayu di Amerika Syarikat pada tahun 1962. Naskhah siklostil diterbitkan pada tahun 1966.

BAHASAPenerbitan
API (AMERICAN PETROLEUM SYSTEM)Sebuah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat yang menyediakan satu forum kepada industri gas dan minyak supaya memenuhi kehendak polisi negara tersebut.KEJURUTERAANKonsep
KEKERABATAN MELAYU

KEKERABATAN MELAYU, amalan sistem kekerabatan dwisisi dan sistem kekerabatan senasab (nasab ibu) di kalangan orang Melayu.

            Pada umumnya, orang Melayu mengamalkan sistem kekerabatan dwisisi (bilateral/cognatif system), kecuali bagi mereka yang tinggal di Negeri Sembilan dan di beberapa tempat di Melaka.  Penduduk di kedua-dua negeri berkenaan mengamalkan sistem kekerabatan senasab variasi nasab ibu (matrilineal system).  Sistem sosial yang berasaskan prinsip nasab ibu ini lebih dikenal dengan nama sistem sosial adat perpatih, sedangkan sistem sosial yang berasaskan prinsip kekerabatan dwisisi, secara umumnya lebih dikenal dengan sistem sosial adat temenggung.  Walau bagaimanapun, pengaruh sistem kekerabatan Islam ketara sekali hingga terdapat banyak persamaan dalam kedua-dua sistem kekerabatan Melayu yang dimaksudkan.

BUDAYAKekerabatan
SCHELLING, FRIEDRICH WILHELM JOSEPH VON

Schelling, Friedrich Wilhelm Joseph von

(1775–1854) ialah ahli falsafah Jerman. Karya awalnya

difahamkan sebagai penyambung penting antara

Immanuel Kant dengan Johann Gottlieb Fichte pada

satu pihak, dan G.W.F. Hegel pada satu pihak lagi.

Karya ini memaparkan idealisme dan romantisisme

Jerman. System of Transcendental Idealism (1800),

ialah karya Schelling yang utama pada zaman

remajanya. Dia kemudian mengkritik karyanya yang

awal dan falsafah Hegel sebagai “falsafah negatif”.

Schelling cuba mengembangkan “falsafah positif”

yang menekankan pendedahan dan pengaruh

eksistensialisme.

UMUM 
PAJAK

PAJAK, system sewa yang berkait dengan kegiatan pertanian. Pajak melibatkan persetujuan antara pemilik tanah dengan pemajak. Pemajak ialah orang yang membayar wang kepada pemilik tanah. Persetujuan ini adalah mengikut tempoh musim pertanian itu. Pemajak hendaklah melunaskan bayaran pajak dengan membayar dahulu secara tunai kepada tuan tanah. Jangka masa yang diliputi dalam pajakan ini boleh melebihi setahun. Biasanya tempoh pajakan adalah antara tiga hingga lima tahun, dan kadar pajakan adalah lebih rendah daripada harga pasaran hasil pajakan itu.

BUDAYASistem

Kembali ke atas