Safiyyah bint ‘Abd al-Muttalib (?–20 H. / ?– 641 M.) ialah ibu saudara Rasulullah s.a.w. dan juga ibu Zubayr ibn Awwam. Dia ialah seorang daripada 10 orang yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah s.a.w. dan dia juga adalah seorang sahabat nabi. Pada zaman jahiliah, dia berkahwin dengan Harith ibn Harb ibn Umayyah. Dia kemudiannya berkahwin dengan Awwam ibn Khuwaylid dan mempunyai beberapa orang anak termasuk al- Zubayr. Safiyyah bint ‘Abd al- Muttalib memeluk Islam dan memberikan taat setia kepada Islam serta turut berhijrah ke Madinah. Dia turut serta dalam Perang Uhud dan Perang Khandaq. Dalam Perang Uhud, dia berdiri dengan memegang sebatang lembing yang dihalakan kepada orang ramai sambil berteriak: Adakah kamu menerima kekalahan dan meninggalkan Rasulullah?”. Dalam Perang al-Ahzab, dia membunuh seorang Yahudi yang mengintip orang Islam. Oleh itu, dia dikatakan wanita yang pertama membunuh seorang lelaki Musyrikin. Dia juga ialah seorang penyair yang berkebolehan. Dia mencipta syair untuk meratapi Rasulullah s.a.w. serta saudaranya Hamzah ibn ‘Abd al-Muttalib. Dia meninggal dunia pada zaman Khalifah ‘Umar ibn al- Khattab dan dikebumikan di al-Baqi‘. |