LAWRENCE, T.E. | | UMUM | |
V.T. SAMBATHAN | Ahli politik dan Presiden parti Malayan Indian congress (MIC) | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
FARRELL, JAMES T. | | UMUM | |
T | T adalah huruf yang ke-20 dalam abjad Inggeris. Ia juga adalah salah satu huruf dalam abjad orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka menamakan huruf ini taw , perkataan yang bermaksud tanda . Mereka menggunakan tanda berbentuk palang yang mungkin dipinjam daripada hiroglif Mesir, atau simbol bergambar yang digunakan sebagai tanda semakan. | UMUM | |
ELIOT, T.S. | Eliot, T.S. (1888–1965), tergolong antara penyair yang paling penting pada tahun 1900- an. Dalam “The Love Song of J. Alfred Prufrock”, The Waste Land, dan puisi-puisi yang lain, dia meninggalkan teknik dan tema puisi sebelum Perang Dunia I. Puisi dan karya kritikannya membantu pembentukan semula kesusasteraan moden. Pada tahun 1948, Eliot menerima Hadiah Nobel bagi bidang kesusasteraan. | UMUM | |
AMERICAN TELEPHONE AND TELEGRAPH COMPANY (AT&T) | American Telephone and Telegraph Company (AT&T) ialah salah satu daripada syarikat pemprosesan maklumat yang terbesar di dunia. Syarikat ini membekalkan produk dan perkhidmatan komunikasi kepada individu, kerajaan dan perniagaan di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. AT&T juga membuat komponen elektronik dan sistem telekomunikasi. | UMUM | |
ELIOT, T.S | Eliot, T.S. (1888-1965), penyair, pengkritik dan editor Inggeris kelahiran Amerika. Eliot lahir pada 26 September 1888 di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat. | SASTERA | Tokoh |
COLLINS, JAMES T. | COLLINS, JAMES T. (1946- ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Amerika. Dia lahir di Chicago, Amerika Syarikat. Nama penuhnya ialah James Thomas Collins. Collins memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang linguistik dari University of Chicago pada tahun 1975. Lima tahun kemudian, Collins telah berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Linguistik) dari universiti yang sama. | BAHASA | Tokoh |
T. ALIAS TAIB | T. ALIAS TAIB (1943- ), penyair. Dia lahir pada 20 Februari 1943 di Kampung padang Engku Sar, Batas Baru, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Tengku Alias bin Talib. Dia juga pernah menggunakan nama Ali A.S. dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gong Kapal dan lulus Darjah Tiga (1952). Kemudian, dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (Inggeris), Kuala Terengganu dan lulus peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1958. Pada tahun 1968, dia lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). | SASTERA | Tokoh |
ACEH | ACEH, daerah istimewa di utara Pulau Sumatera, Indonesia. Aceh terletak di antara garis lintang 2°U hingga 6°U dan garis bujur 95°T hingga 98°T. Ibu kotanya ialah Banda Aceh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |