KAEDAH DEDUKTIF | Kaedah deduktif ialah satu proses taakulan untuk kita membuat kesimpulan dengan logik daripada premis yang diberikan. | UMUM | |
SKOLASTISISME | Skolastisisme ialah sistem falsafah yang menekankan penggunaan taakulan dalam menerokai persoalan falsafah dan teologi. Kumpulan sarjana khususnya cuba membuktikan kebenaran doktrin Kristian. Mereka juga cuba menyelesaikan pendapat yang bertentangan dalam teologi Kristian. Skolastisisme mempunyai pengaruh yang amat kuat dari tahun 1000-an hingga tahun 1400-an, terutama pada tahun 1200- an. Kebanyakan para ilmuwan mengajar di sekolah dan di universiti di barat Eropah. | UMUM | |
RASIONALISME | Rasionalisme ialah suatu pandangan yang menekankan kepada kewarasan pemikiran atau taakulan manusia dan kebolehannya untuk menjawab soalan-soalan asas. | UMUM | |
SKEPTISISME | Skeptisisme adalah pergerakan falsafah pada zaman Yunani. Kumpulan ini mencuba melemahkan kepercayaan dalam pemerhatian dan taakulan, sebagai panduan yang boleh dipercayai untuk memahami dunia, dan mereka bertegang leher tentang semua kumpulan falsafah dogmatik. Mereka percaya bahawa manusia dapat memastikan cara pemerhatian mereka tetapi tidak dapat memastikan bahawa pemerhatian mereka membayangkan dunia nyata. Mengikut kumpulan Skeptik, manusia mesti mengetepikan keputusan tentang kebenaran atau kepalsuan dalam persepsinya. | UMUM | |
DEISME | Deisme ialah satu kepercayaan agama dan falsafah. Deisme menolak kebanyakan bentuk agama yang lazim dan menerima taakulan sebagai satu-satunya panduan untuk mencari kebenaran. | UMUM | |
SENECA, LUCIUS ANNAEUS | Seneca , Lucius Annaeus (4 S.M.?–65 M.) ialah negarawan Rom, penulis, dan ahli falsafah Stoik. Karya-karyanya yang masih wujud termasuk 12 esei falsafah, 124 surat dan satu esei meteorologi, satu satira dan sembilan drama tragedi. Drama tragedinya mengadaptasi subjek yang digunakan oleh penulis drama Yunani. Tetapi drama tragedinya, melodrama yang hebat, ganas penuh dengan bahasa retorik. Fokusnya adalah pada kepercayaan orang Stoik bahawa malapetaka berlaku apabila nafsu memusnahkan taakulan. Drama ini banyak mempengaruhi drama tragik di Itali, Perancis dan England pada zama Elizabeth. | UMUM | |