SHRIKE | Shrike ialah burung yang boleh dikenal melalui paruhnya yang kuat dan bengkok sedikit, dan melalui tabiatnya menujah belalang, mencit, dan burung kecil pada duri, ruit, atau ranting, sama seperti penyembelih menggantung daging. Burung ini kemudiannya menyiat mangsanya hingga halus dan memakannya. Daripada tabiat ini berasal nama biasanya, iaitu burung penyembelih. | UMUM | |
SPRINGBOK | Springbok, yang juga dikenali sebagai springbuck, ialah antelop yang hidup di dataran berumput terbuka di barat daya Afrika. Haiwan ini mendapat namanya kerana tabiatnya melompat-lompat berulang kali setinggi dua meter ke udara apabila ketakutan, dan kemudian memacu dengan kencang. Lompatan ini mengalih perhatian pemangsa seperti singa dan harimau kumbang. Springbok mempunyai sejalur bulu panjang berwarna putih di tengah belakangnya yang akan tertegak apabila ia dalam ketakutan. Oleh kerana sifat ini, orang Portugis di Angola menamakan antelop ini kambing kipas. | UMUM | |
SKIMMER | Skimmer, juga dikenali sebagai scissorbill, ialah burung yang berkaitan dengan burung camar dan tern. Nama skimmer diberi kepada burung ini kerana tabiatnya melayap dengan pantas di permukaan air. Semasa melayap paruhnya terbuka dan bahagian bawahnya berada di bawah permukaan air, menyuap serangga, ikan kecil, udang serangan, dan lain-lain haiwan kecil. Nama scissorbill berasal daripada paruhnya yang nipis bak pisau cukur yang bahagian bawahnya lebih panjang daripada bahagian atas. Burung ini menyengetkan badannya semasa terbang, untuk mengelakkan sayapnya tersentuh air. | UMUM | |
NUTHATCH | Nuthatch ialah sejenis burung memanjat. Terdapat 21 jenis spesies yang berbeza. Burung ini terdapat di Amerika Utara, Eropah, Afrika Utara, Asia, dan Australia. Nuthatch mendapat namanya daripada tabiatnya menyumbat kekeras ke dalam rekahan kulit pokok dan kemudian memecahkannya dengan mematuknya berulang kali. | UMUM | |
THRASHER | Thrasher ialah nama bagi sekumpulan burung keperangan, berekor panjang yang didapati dari selatan Kanada hingga ke Amerika Selatan. Terdapat lebih kurang 17 spesies thrasher. Spesies yang terkenal ialah thrasher perang di timur Amerika Utara (lihat Thrasher ). Nama burung ini mungkin berasal daripada tabiatnya memukul-mukul ekornya yang panjang ke atas dan ke bawah, terutamanya apabila ia teruja. Kebanyakan thrasher mempunyai kepala dan belakang berwarna perang, dan sebelah bawahnya berwarna pucat bercarik-carik perang. Thrasher yang terbesar membesar lebih daripada 30 sentimeter panjangnya. | UMUM | |
POLECAT | Polecat ialah mamalia kecil yang tergolong dalam famili weasel. Terdapat tiga spesies polecat iaitu: (1) Polecat Eropah yang terdapat di seluruh Eropah (2) polecat steppe yang terdapat di dataran Asia Tengah (3) polecat marmar yang terdapat di padang rumput kering di tenggara Eropah hingga ke barat China. Skunk Amerika Utara sering dinamakan polecat kerana tabiatnya yang hampir sama dengan tabiat polecat Eropah. | UMUM | |
BURNSIDE, AMBROSE EVERETT | Burnside, Ambrose Everett (1824–1881) ialah jeneral Kesatuan dalam Perang Saudara Amerika. Namanya menjadi sebahagian daripada bahasa Inggeris kerana kejayaannya mempopularkan sejenis gaya jambang. Tabiatnya mencukur janggut di dagu dan membiarkan jambang tumbuh di pipinya telah melahirkan istilah burnside (jambang) yang kemudiannya berubah menjadi sideburn. | UMUM | |