Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bib]/[ta.bib] | طبيب

Definisi : orang yg ahli dlm hal perubatan dan cara mengubati penyakit (doktor, dukun); ilmu ~ pengetahuan mengenai ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit; ketabiban 1. ilmu perubatan (kedoktoran); 2. perihal ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bib]/[ta.bib] | طبيب

Definisi : orang yg ahli dlm ilmu perubatan dan cara mengubati penyakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabib (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan tukang ubat, dukun, bomoh, singse, doktor;,
Kata Terbitan : ketabiban,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYEIKH SAID PASAI

SYEKH SAID PASAI (1457-   ? ), tabib dan pendakwah Indonesia.  Dia berasal dari pusat wilayah kerajaan Pasai.  Dia seorang tabib dan pendakwah agama Islam yang mengubati sakit kusta dan mengislamkan Raja Patani, Raja Indra (raja Melayu Patani yang kedua daripada keturunan Sri Wangsa) pada tahun 1457.  Meskipun ada riwayat menyebut bahawa agama Islam sudah tersebar ke Patani, tetapi penganutnya hanya terbatas dalam lingkungan masyarakat umum.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYEIKH AHMAD AL-FATANI

Syeikh Ahmad al-Fatani (1856–1908) ialah

ulama Thailand. Dia lahir pada 10 April 1856 di

Kampung Sena Janjar, Pattani. Nama penuhnya

ialah Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa

bin Muhammad Al-Pattani. Ketika berusia empat

tahun, dia mengikuti keluarganya berpindah ke

Makkah. Semasa berada di Makkah, dia sangat

rajin belajar. Ketika berusia 12 tahun, dia telah

dapat menguasai ilmu tatabahasa Arab (ilmu

Nahwu). Dia berpindah ke Baitulmuqaddis selama

dua tahun dan belajar ilmu kedoktoran/ilmu tabib.

Dia dikatakan adalah orang Melayu pertama yang

mahir dalam bidang ilmu tabib dan menerima

pendidikan khas dalam bidang ini.

UMUM 

Kembali ke atas