| GUNUNG TABLE | | UMUM | |
| ROUND TABLE | Round Table ialah meja King Arthur iaitu raja legenda British bermesyuarat dengan pahlawannya. | UMUM | Umum |
| TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN | <TABLE cellSpacing=0 cellPadding=0 width="100%"> | | TABLE>TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an – 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SALDANHA | Saldanha ialah bandar di pantai barat Afrika Selatan. Bandar ini terletak 90 kilometer ke barat laut Teluk Table. Bandar ini berkongsi kawasan bandaran dengan Vredenburg yang berdekatan dengannya. Untuk lokasi Vredenburg, lihat Afrika Selatan (peta politik). | UMUM | |
| CHRÉTIEN DE TROYES | Chrétien de Troyes ialah penyair Perancis yang menulis dari tahun 1160 hingga tahun 1190. Dia memperkenalkan kisah-kisah King Arthur dan Kesateria Round Table ke dalam kesusasteraan Perancis. | UMUM | Umum |
| KIRSTENBOSCH | Kirstenbosch ialah tapak Taman Botani Kebangsaan Afrika Selatan. Ia terletak di lereng timur Gunung Table di Cape Town. Kirstenbosch meliputi kira-kira 560 hektar. Tetapi hanya tujuh peratus daripada taman ini telah dibangunkan. Selebihnya masih belum disentuh. | UMUM | |
| TANJUNG HARAPAN | Tanjung Harapan ialah sebuah semenanjung di Afrika Selatan. Ia terletak lebih kurang 160 kilometer ke barat laut Tanjung Agulhas, hujung bahagian paling selatan Afrika. Tanjung ini menganjur ke selatan dari Pergunungan Table yang menaungi bandar Cape Town. Penduduk Afrika Selatan menyebut semenanjung ini Cape Peninsula . Hujung bahagian selatan semenanjung ini mereka namai Cape Point. Semenanjung ini membentuk bahagian pinggir barat Teluk False. Tanjung Harapan terkenal dengan pemandangan yang amat indah serta pantai yang cantik. | UMUM | |
| ARTHUR, KING | Arthur, King ialah raja legenda pada zaman pertengahan Britain. Dia menjadi watak utama dalam beberapa buah kisah yang paling popular dalam kesusasteraan dunia. Selama hampir 1000 tahun para pengarang telah menceritakan tindakan berani Arthur dan petualangan sateria-sateria Meja Bulatnya (Round Table). | UMUM | |