SENI LAKON | SENI LAKON, semua bentuk seni persembahan yang dilakonkan sama ada di atas pentas, melalui radio, televisyen atau filem. Oleh itu wayang kulit, makyung, bangsawan, randai, waang wong, purbwara, sandiwara atau citawara, boria, tablo, menora dan teater, semuanya tergolong sebagai seni lakon. Seni lakon bertunjangkan elemen cerita yang dipersembahkan dengan unsur dramatik, iaitu mengandungi elemen konflik, suspens, kembara, silat, nyanyian, tarian, muslihat, dan sebagai daya tarikannya dibantu dengan alat set dan prop serta alat muzik, busana dan tatarias. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
DURI DAN API | DURI DAN APIDURI DAN APIDURI DAN API, kumpulan puisi karya Usman Awang. Kumpulan ini memuatkan 46 puisi sebuah balada dan dua buah tablo yang ditulis dari tahun 1961 hingga tahun 1966. Kumpulan ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1967 oleh Toko Buku Abbas Bandung, Melaka, dan diberi kata pengantar oleh Llyod Fernando. Nama kumpulan ini diambil daripada puisinya “Duri dan Api”, yang menggambarkan perjuangan pada pekerja Utusan Melayu ketika terjadinya peristiwa mogok. | SASTERA | Karya |