Northcliffe, Viscount (1865–1922), penulis dan penerbit British yang terkenal. Dia mempelopori penggunaan komik, kesan khas, berita agama, dan akhbar tabloid. Dia juga memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Kabinet Campuran yang diketuai oleh David Lloyd George pada tahun 1916. Northcliffe memiliki Amalgamated Press, sebuah syarikat penerbitan majalah yang besar, dan London Evening News , Daily Mail , Daily Mirror , dan The Times . Dia dilahirkan di County Dublin, Ireland. Nama asal Northcliffe ialah Alfred Charles William Harmsworth. Dia dilantik menjadi baron pada tahun 1905. |