GEOLOGI PETROLEUM | Kajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. Tumpuan kajian ialah pada faktor geologi yang berperanan besar dalam mempengaruhi proses pembentukan dan longgokan petroleum di suatu tempat dalam kerak bumi. Oleh sebab kebanyakan longgokan petroleum ditemui dalam batuan sedimen, maka ilmu geologi petroleum banyak menyentuh tentang proses sedimentasi dan proses lain yang berkaitan | KEJURUTERAAN | Konsep |
BATUAN PUNCA | Kajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
ANALISIS KEROGEN | Kajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. Tumpuan kajian ialah pada faktor geologi yang berperanan besar dalam mempengaruhi proses pembentukan dan longgokan petroleum di suatu tempat dalam batuan kerak bumi. | KEJURUTERAAN | Konsep |
BIOGEOGRAFI | Biogeografi, kajian tentang taburan tumbuhan dan haiwan di dunia. Biogeografi turut menjelaskan faktor berlakunya taburan tersebut serta kesannya terhadap persekitaran dan manusia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
DEMOGRAFI | Demografi merupakan satu kajian tentang penduduk manusia. Ahli demografi (pakar penduduk) mengkaji ciri-ciri seperti umur, bilangan, taburan dan jantina dalam sesuatu kawasan. Maklumat ini diperoleh daripada bancian penduduk ataupun sampel survei kebangsaan. | UMUM | |
KAPAK GENGGAM | KAPAK GENGGAM, alat batu yang digunakan oleh manusia pada zaman prasejarah atau Zaman Batu Lama. Kapak genggam yang paling awal ditemui di Chesowanja, Kenya, berusia lebih kurang 1.5 juta tahun. Walau bagaimanapun, taburan kapak genggam terdapat di seluruh dunia. Tradisi pembuatan kapak genggam lebih dikenal sebagai tradisi ‘Acheuleen’, nama daripada sebuah tapak di St. Acheul, Perancis yang dijumpai oleh Baoucher de Pethres pada tahun 1847. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Alat/Alatan |
NIBUNG | NIBUNG, (Oncosperma tigillaria) sejenis pokok palma yang berduri, tinggi dan lurus. Kawasan taburan pohon ini meliputi pelbagai negeri di Asia Tenggara. | BUDAYA | Sumber/Bahan Alam |