Sistem perpuluhan ialah satu cara menulis nombor. Sebarang nombor, daripada kuantiti yang besar sehinggalah pecahan yang kecil boleh ditulis dalam sistem perpuluhan dengan hanya menggunakan sepuluh simbol asas iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 0. Nilai mana-mana simbol ini bergantung pada kedudukannya dalam sesuatu nombor. Contohnya simbol 2, mempunyai nilai yang sama sekali berbeza dalam nombor 832 berbanding 238 kerana 2 berada pada kedudukan yang berlainan dalam setiap nombor tadi. Oleh sebab nilai simbol bergantung pada kedudukannya dalam sesuatu nombor, sistem perpuluhan tersebut dikenali sebagai sistem tempat-nilai. |